KENYATAAN USTAZ AHMAD AWANG

Yang Dipertua
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM)

 

GERAK dan Isu Datok Sri Anwar Ibrahim

1. Pendirian GERAK mengenai isu Datok Sri Anwar Ibrahim sudah berkali-kali ditegaskan bahawa penubuhan GERAK bukanlah kerana nak membela Datok Sri Anwar Ibrahim, tapi adalah untuk menentang ketidak adilan dan kezaliman pihak berkuasa terutama tindak-tanduk PM.

GERAK menentang habis-habisan ISA dll. tindakan undang-undang yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

GERAK bukanlah lanjutan reformasi Datok Sri Anwar Ibrahim bahkan GERAK tidak inginpun terlibat dengan demonstrasi dan reformasi namun begitu GERAK melihat tindakan pihak berkuasa terhadap mereka yang berdemonstrasi (secara aman) (khususnya FRU) adalah mengenepikan hak rakyat bahkan mencabuli prinsip keadilan. Demikian juga mereka juga yang mendokong reformasi adalah melaksanakan hak-hak kebebasan mereka, kerana itu GERAK melihat tindakan pihak berkuasa menahan mereka yang terlibat dengann reformasi adalah satu kezaliman, lebih-lebih lagi GERAK menyatakan keperihatannya apabila mereka yang memang tidak langsung terlibat dengan reformasi atau apa-apa tindakan politik menyokong Datok Sri Anwar Ibrahim turut juga disoal siasat dan diberi amaran bahawa mereka juga boleh ditahan dibawah ISA. Alasan pihak polis bahawa kononya kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu (contohnya kenyataan PUM) yang hanya menyatakan hukum syarak dan pendirian PUM yang tidak mahu terlibat dengan reformasi , masih boleh ditafsirkan sebagai menghasut rakyat utk. menentang kerajaan atau sekurangkurangnya ditafsirkan sebagai hujah yang menguntungkan reformasi. Kerana kenyataan inilah YDP PUM sendiri telah dipanggil ke Bkt. Aman setelah berkali-kali di"temubual"oleh pihak SB dipejabat PUM.

2. Yang paling terbaru ditahan dibawah ISA ialah Sdr.Hj.Saari Sungib, Presiden JIM. PUM & GERAK berharap ISA tidaklah digunakan lagi dalam menghadapi kegawatan politik UMNO akibat pemecatan Datok Sri Anwar Ibrahim.Walaubagaimanapun GERAK mereruskan pergerakannya memandangkan prinsip-prinsip pengadilan (khususnya dlm isu Datok Sri Anwar Ibrahim) banyak yang dilanggar.Contohnya peguambela-peguambela berkenaan diugut oleh pihak polis atau dihalang dengan berbagai-bagai cara untuk mendapatkan maklumat dari anakguamnya. Begitu juga semua org. patut tahu bahawa seseorang yang tertuduh tidak boleh dihukum bersalah sebelum ia disabitkan "guilty" oleh mahkamah sedang kan yang dapat disaksikan oleh media selama ini seolah-olahnya Datok Sri Anwar Ibrahim sudah disabitkan bersalah terutama dlm tuduhan berkaitan dengan salah laku seks. Bahkan tidak sepatutnya pun PM mengandaikan Datok Sri Anwar Ibrahim melakukan sendiri kecederaan keatas tubuhnya kerana perkara ini sedang dalam penyiasatan dan berkait dalam proses pengadilan dan ini bercanggah dengan prinsip keadilan apatah lagi dilihat dari perspektif Islam.

3. Lebih malang lagi rakyat tidak dapat mengetahui atau utk. berfikir sendiri kerana banyak fakta-fakta yang patut diketahui oleh org. ramai tidak dapat disebarkan oleh media kerana media hanya membuat sesuatu mengikut kepentingan pihak berkuasa, sebab itu org. spt.keluarga sdr. percaya saja apa yang disebarkan oleh media terutama TV. Inilah diantara keadilan yang diperjuangkan oleh GERAK melalui "roadshownya". Kerana takutkan rakyat memahami kezaliman yang didedahkan oleh GERAK maka GERAK sendiri amat sukar mendpatkan permit utk. berhimpun, malah pada hari ini pihak polis di Alor Star tidak membenarkan GERAK mengadakan solat hajat dan membaca Yassin beramai di Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena, apakah ini bukan satu kezaliman yang melampau???

 

Ahmad Awang
YDP
Per. Ulamak Malaysia