Era Kegelapan Media Malaysia

Oleh Srikandi Siber

Sejak akhir-akhir ini kita telah menyaksi betapa berat sebelah segala laporan media tempatan kita. Segala berita yang dipaparkan amatlah ketara ketidakadilannya! Apakah ini yang di panggil 'kebebasan bersuara?" Segala yang disuarakan, jika tidak mengampu kerajaan akan diubah cerita atau tidak disiarkan langsung!

Ramai rakyat mengeluh kerana ditimpa perasaan 'tersepit' kerana merasakan mereka langsung tidak diberi gambaran yang sebenar tentang kes-kes yang bersabit dengan Sdr. Anwar.Segala berita baik di TV, radio maupun akhbar cetak telah digembar-gemburkan sehingga Sdr Anwar yang dahulunya amat disanjungi rakyat kini telah menjadi penjenayah nombor satu!

Apabila penyokong kuat Anwar terpaksa keluar negara untuk membuat kenyataan -kenyataan ikhlas mereka di negara jiran, mereka terus dikecam sebagai pengkhianat negara! Apakah patut mereka dicap sebagai bacul hanya kerana menyuarakan hakikat yang sebenar kerana sudah tiada lagi 'freedom of speech' di negara kita ini??

Jika difikirkan dalam-dalam , Suharto tidak seteruk ini kerana beliau tidak 'control' media Indonesia sampai ketahap 'nazak' seperti negara kita Malaysia sekarang! Kita rakyat Malaysia sesungguhnya sudah tidak boleh menerima segala tindak tanduk media tempatan membuat 'propoganda' secara terang seolah olah kita buta! Apakah tuan-tuan media ini ingat kita semua boleh diperbodoh-bodohkan sedemikian rupa??? TIDAK!!! Dengan ini kitai rakyat Malaysia berikrar untuk memboikot segala akhbar tempatan selagi tuan-tuan media tidak insaf atas segala dosa mereka terhadap seluruh rakyat malaysia!!

Berikut adalah tanda-tanda jelas bahwa media -media tempatan kini telah menjadi medan propoganda pihak-pihak tertentu.Baca dan telitikan fakta-fakta yang tertera agar keyakinan kita bertambah untuk REFORMASI!!!

1. Jika kita imbas kembali sejak 2-3 tahun dahulu semasa TV3 di terajui oleh 'orang 'Anwar banyak berita tentang kemiskinan keluarga di ceruk ceruk kampung didedahkan.Tetapi sejak akhir-akhir ini pendedahan sedemikian tidak lagi diketengahkan.Kenapa? Ini adalah kerana PM kita tidak suka cerita-cerita kemiskinan dibesar-besarkan kerana beliau hendak orang lihat Malaysia sebagai negara kaya tanpa masalah kemiskinan. Beliau hendak media paparkan pembangunan fizikal seperti bangunan mencakar langit, projek mega seperti KLIA dsbnya! Inilah dia seorang pemimpin yang hidup didalam alam khayalan! Beliau fikir dengan menjayakan projek berbillion RM sudah cukup untuk kesejahteraan rakyat jelata!!

2. Jika kita amati , sejak isu Sdr Anwar dipecat dan di penjara bawah ISA tiada surat dari pembaca yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.Tiada surat pembaca kepada editor yang membangkang segala tindak tanduk kerajaan yang berat sebelah. Yang disiarkan adalah surat -surat pengampu/pembodek yang menyanjung-nyanjung kerajaan dan memburuk burukkan Sdr Anwar. Pelik bukan?? Tidak masuk dek akal kenapa tiada langsung pembaca yang menulis sesuatu kebaikan tentang sdr Anwar. Walhal kalau di dalam Internet di mana kerajaan tidak dapat mengawal penyiaran 'website' tidak habis-habis kritikan di lempar kepada kerajaan dan tidak putus-putus orang memberi sokongan kepada Anwar di dalam nya!!

 

3. Kenapa segala apa yang di suarakan oleh seseorang tokoh itu,hanya 10 % isinya sahaja yang disiarkan dan 90% isi yang selebihnya dipinggirkan? Contohnya apabila Sdr Chandra Muzaffar menyuarakan pendapatnya , media hanya menulis komen beliau yang positif tentang kerajaan. Mana pergi 90% cerita tentang ketidakpuasan hati beliau mengenai isu Anwar ini??

4. Kenapa kalau ada perhimpunan protes ,media akan memberi anggaran bilangan yang berhimpun jauh lebih kurang dari yang sebenar? Sesungguhnya kerajaan takut rakyat Malaysia keseluruhannya tahu tentang kekuatan sebenar rakyat yang inginkan REFORMASI!!

5. Kenapa pihak media tidak pernah memaparkan gambar-gambar FRU belasah peserta -peserta perhimpunan? Kerana jika rakyat Malaysia di seluruh negara lihat bagaimana jijiknya tindakan FRU terhadap orang awam, sudah tentu perasaan marah rakyat akan memuncak!

6. Kenapa semasa Anwar berucap di Masjid negara beberapa jam sebelum beliau ditahan, tidak ditayangkan gambar sepenuhnya ,tetapi 'angle' gambar yang diambil cukup aneh iaitu gambar Anwar berucap diambil dari arah bawah mengarah ke langit! Tujuannya adalah supaya gambar orangramai yang berhimpun bagai laut tidak bertepi tidak dipaparkan keseluruh negara!!! PM takut orang tahu bahwa pengaruh orang yang dituduhnya bermoral rendah tidak langsung luntur walaupun beliau telah difitnah dengan berbagai fitnah yang tidak munasabah!!

7. Kenapa tidak disiar sepenuhnya press statement Anwar setelah beliau dipecat?? Yang diisiar tak sampai satu minit!! Sekali lagi media kita telah bertindak tidak adil dengan tidak memberi peluang kepada pihak Anwar !!

8. Kenapa semua bekas tahanan ISA diberitakan sebagai memberi pandangan yang stereotype sahaja? Seolah-olah pandangan mereka sepakat sahaja!! Ini sudah pasti putar-belit media tempatan memberi gambaran seolah -olah tahanan ISA gembira ditahan dan telah diberi layanan first-class!!

9. Tindakan media yang melampaui batas kini telah semakin berani membuat berita yang sengaja diada-adakan sehingga Presiden Pas meminta untuk berjumpa dengan pihak media (sampai kini belum berkesempatan). Media sengaja memutarbelitkan fakta dan membuat gambaran palsu seolah olah GERAK sudah hilang punca dan tidak berhala -tujuan nya sekarang! Walhal GERAK jelas matlamat iaitu menegakkan keadilan dan mengecam segala undang-undang buatan manusia yang kejam seperti ISA! Memang dari awal GERAK bukanlah berjuang untuk ANWAR semata-mata tetapi pada amnya untuk menegakkan keadilan .Jadi kebetulan dlm konteks semasa ,Anwar telah dianiayai, maka kita sebagai umat Islam yang peka wajib bangun dan menentang kezaliman! Begitu juga dengan surat penerangan daripada Sdr Ahmad Azam (presiden ABIM) yang jelas isi suratnya tetapi telah dimanipulasi jauh dari cerita asal! Masyallah! Apa nak jadi dengan orang melayu kita ni??? Dah gilakah orang-orang akhbar ni.

10. Kenapa dlm akhbar tidak di siarkan sepenuh surat surat Rahim Ghouse, Mohd. Ezam dan Saifudin? Gentar kepada kebenaran ke?

11. TV sibuk dengan sistem 'censorship'nya(SG18, SX dsbnya) tetapi di akhbar pulak kenapa disiarkan perkataan seperti liwat, zakar, dubur dsbnya??? Dan perkataan ini dibesar-besarkan sebagai 'headlines'dan ianya di kaitkan dengan peribadi bekasTPM kita. Di manakah hilang adat ketimuran kita? Di Amerika pun, dalam skandal seks Clinton, sebelum di tayang video tentang soal-jawab di mahkamah, ada amaran bahwa isi video itu mengandungi unsur unsur yang tidak sesuai untuk mereka yang bawah umur. Mungkin selepas ini kita terpaksa membuat kategori 'censorship' akhbar pula? Untuk umur sekian di larang membaca mukasurat pertama, untuk yang lemah jantung jangan baca surat khabar langsung, dikhuatiri nanti dapat 'serangan jantung' kerana terlampau sakit hati membaca berita yang diada-adakan sahaja!!

Sudah-sudahlah wahai penggerak media Malaysia yang bagai lembu dicucuk hidung!! Sedarlah anda semua telah dipergunakan sebagai alat propaganda yang terjijik mutakhir ini.Bukalah mata!Bukalah hati! Istighfar dan insaflah kita! Jika anda terus dibiarkan diri anda diperalatkan sebegini rupa tunggu sahajalah di akhirat nanti balasan yang setimpal!!

Jangan lah biar diri anda dilempar bersama pembikin fitnah laknatullah itu!! Sesungguhnya pembawa fitnah itu akan dicampak ke dalam neraka yang paling bawah sekali ! Mungkin jugak lebih dalam dari neraka yang didiami Firaun! Na'uzubillah!!