TELEFON SENATOR AMERIKA KEPADA HAKIM: BOHONG!

Kuala Lumpur 12 Okt (LR): Banyak pihak terkejut dengan kenyataan Hakim Mahkamah Tinggi, Paul Augustine, kononnya beliau menerima telefon dari seorang "Senator Amerika" yang meminta beliau menjalankan penghakiman yang adil.

Telefon tersebut cuba "mengajar" hakim berkenaan supaya bertindak saksama di dalam perbicaraan dan ia dilakukan kononnya sebagai satu pembelaan kepada Anwar.

Ada pihak yang tertentu menyatakan bahawa telefon itu datang dari mereka yang menyokong Anwar.

Seorang bekas menteri dan peguam, Datok Rais Yatim menyatakan bahawa orang luar tidak berhak utuk campurtangan serta menganggu perjalanan sistem perundangan negara ini. Sementara di Amerika, jurucakap kedutaan, Charles Barclay melahirkan rasa pelik terhadap kenyataan Menteri Luar, Datok Abdullah Ahmad Badawi yang mengatakan bahawa kita tidak boleh menerima campurtangan negara asing.

Datok Rais Yatim dan Datok Abdullah Ahmad Badawi adalah di antara penyokong kuat Mahathir semenjak isu pemecatan Anwar timbul, kedua-dua mereka telah banyak mengeluarkan kenyataan membela tindakan PM.

Sementara itu, Laman Reformasi telah menghubungi beberapa pihak, dan ramai meragui apakah telefon itu benar-benar dari kumpulan yang bersimpati kepada Anwar dan mereka percaya bahawa telefon itu sengaja dilakukan oleh kumpulan yang menyokong Mahathir supaya menimbulkan kebencian hakim berkenaan kepada peguam-peguam Anwar.

Dengan keraguan itu, diharapkan Hakim Paul Augustine akan membuat keputusan menyebelahi Mahathir.

Datuk Seri Anwar menghadapi tuduhan-tuduhan liwat dan rahsuah dan akan dibicarakan pada 2 Novemer nanti. Pihak pendakwa akan membuat pendakwaan ke atas tuduhan-tuduhan yang menyentuh soal rahsuah telebih dahulu dan menangguhkan pendakwaan liwat ke satu tarikh yang tidak diketahui.

Masyarakat mempersoalkan tindakan pendakwa kerana semasa pembacaan pertuduhan, pihak pendakwa meneyenaraikan tuduhan liwat dan kemudian baru diikuti dengan tuduhan rahsuah.

Seorang peguam menyatakan bahawa tuduhan-tuduhan wal itu sengaja dilakukan sedemikian rupa untuk menjatuhkan maruah Anwar melalui "character assasination" dan ternyata pihak pendakwa sendiri tidak mempunyai bukti-bukti yang mencukupi terhadap tuduhan-tuduhan liwat.

"Hal tersebut berambah sukar untuk pihak pendakwa mengemukakan saksi dan bukti apabila Munawar dan Sukma, yang dijatuhkan hukuman enam bulan penjara telah membuat rayuan untuk tidak mengaku bersalah," tambahnya lagi.

"Tektik kotor pendakwa dan polis amat jelas untuk mempastikan Anwar dijatuhi hukuman".