Analisa Politik Semasa 4


1. Tragedi Pembunuhan di Benut, Johor.

Tertuduh pada 9 Oktober 1998 telah dibebaskan bukan dengan hukuman tidak bersalah tetapi kerana tidak sempurnanya laporan-laporan siasatan. Peguam Negara memberitahu hal ini di Kuantan bahawa laporan pakar kimia dan beberapa dokumen lain yang berkaitan belum lagi disediakan. Lantaran itu kes ini belum bersedia untuk pengadilan dan beliau menyatakan tidak wajar menahan tertuduh dalam jangka yang lama disebabkan siasatan yang belum selesai.

Bagaimana pula dengan nasib Sdr.Anwar? Apakah beliau didakwa setelah selesai siasatan? Apakah dengan pengakuan beberapa orang yang berbohong boleh dijadikan bukti dan kes? Apakah sebelum beliau tertuduh di mahkamah Hanif Omar berhak tampil ke kaca television membuat tuduhan dan penyaksian? Mengapa Umi Hafilda yang disebut-sebut sebagai saksi kes, menjadi penceramah dalam roadshow Ghafar Baba (Bail-out bengkrapsi) dan Rahim Thamby Chik(Kasanova bersih)? Apakah orang lama UMNO ini ingin mencabar keputusan hakim kerana ada afrit besar yang memayungi mereka?

2. Media mencabul perintah mahkamah, Khatib pula mengingati perihal bahaya fitnah dalam khutbah Jumaat

Jika diperhatikan berita di television(RTM1), akan kita dapati terlalu banyak cerita perihal liwat diberitakan seolah-olah dunia sekarang ini hobi terbaru adalah liwat. Baik dari Sabah, Johor dan yang terbaru di peringkat antarabangsa. Diberitakan seorang yang mempunyai latar belakang agama dituduh melakukan liwat di Bangladesh dan telah melakukannya sejak dari universiti lagi. Jelas kita lihat bahawa penerbit ataupun seseorang mengarah penerbit agar menghebohkan berita sedemian rupa agar ia dapat mempengaruhi rakyat dan mahkamah. Adakah television atau pun Menteri Penerangan ingin mengwujudkan satu masyarakat yang berfikiran jijik? Siapakah yang akan bertanggung-jawab dengan propaganda yang kotor ini? Apakah pemberita turut mempunyai saham akhirat dalam menyampaikan berita ini? Fikir sebelum buat! Beristighfar dan beringat-ingat tentang mati!

Diberitakan banyak masjid di seluruh negara pada minggu ini(16/10/98) memberikan Khutbah Jumaat yang bersemangat diikuti dengan Solat Sunnat Hajat setelah makmum diperdengarkan khutbah yang hambar pada minggu lalu. Khatib yang berani timbul, bangkit mengingatkan umat tentang bahaya fitnah, perlu berjuang menentang pemerintah yang zalim dan menekankan konsep berkorban dalam Islam. Masjid-masjid telah diberikan amaran tetapi khatib-khatib ini mengenepikan amaran tersebut demi melaksanakan tanggung-jawab kepada Agama, bangsa dan Negara. Andaikata mereka tidak berbicara benar, menegakkan keadilan, memperjuangkan yang hak, apakah yang akan mereka jawab apabila berhadapan dengan Allah Azawajalla di Akhirat kelak? Ia adalah tanggung-jawab bersama dan setiap rakyat perlu berperanan dan melaksanakan tanggung-jawab sebagai seorang Muslim yang sejati.

3. Perancangan Mahathir

Mahathir ke Jepun dengan dua misi. Pertama, untuk menyembah Jepun memohon sedekah yang perlu dibayar. Kedua, untuk menjayakan perancangannya dalam menumpaskan REFORMASI dan GERAK.

Pertama, tempoh pemerintahan beliau sebelum pilihanraya tinggal lebih kurang setahun lagi. Perancangannya untuk mengadakan pilihanraya selepas SUKOM lebur apabila pemecatan Sdr. Anwar mendapat reaksi yang di luar jangkaan Mahathir. Beliau membuat percaturan SUKOM akan meredakannya dengan beliau hadir ke sana kemari memberi pingat kepada pemenang Malaysia, tetapi ternyata disebaliknya. Laungan nama Malaysia disorak tetapi sebutan nama Mahathir bercampur tepukan dan 'Boo'.

Tambahan pula cerita dongeng yang dibawa oleh tukang karut tak diterima oleh ahli UMNO. Kehadiran panglima-panglima usang tidak mendapat sambutan oleh ahli UMNO. Yang hadir cuma beberapa ketua bahagian dan cawangan yang ada kepentingan tertentu atau untuk mendapatkan maklumat. Justeru itu, pilihanraya perlu ditangguhkan. Maka, mahu tidak mahu tahun hadapan beliau perlu mengadakan pilihanraya.

Perkara yang utama yang beliau lakukan ialah mengukuhkan ekonomi secepat mungkin dengan apa jua cara. Ini dapat membantu memulihkan kepercayaan rakyat disamping menampung kerugian syarikat Mirzan dan kuncu-kuncunya. Nak pakai Solomon Brothers ke, nak pakai Credit Suiss Boston ke, nak mengemis dari Jepun ke, semua perlu segera. Tak kira berapa kosnya, tak kira apa yang Jepun mohon sebagai bayarannya, ia perlu dilaksanakan segera. Penurunan nilai kredit akan membolehkan kuncu-kuncunya berniaga semula, mengaut apa jua keuntungan secepat mungkin, menyimpannya di luar negara andaikata mereka kalah pilihanraya. Jika mereka menang, rakyat ada untuk membayar cukai dan menjadi hamba kepada Jepun, Solomon Brothers dan Credit Suiss Boston. Beliau kata, rakyat tak risau sebab sudah lama rakyat diperhambakan, dan kali ini cuma bertukar tuan sahaja. Secara ringkas, pinjaman wang dari Jepun adalah Agenda Pilihanraya.

Kedua, beliau ke Jepun untuk melaksanakan beberapa perancangan politik beliau. Masalahnya sekarang ialah tidak ada Timbalan Perdana Menteri untuk dipersalahkan. Tidak mengapa, Timbalan Menteri Dalam Negeri ada dan Menteri Kewangan kedua ada. Menteri kewangan kedua diberi kepercayaan untuk menjadi 'Pemangku Timbalan Perdana Menteri'. Saya pernah mengatakan, Mohamed Mustapha ada potential untuk menjadi 'scapegoat Timbalan Perdana Menteri' Mahathir kerana dia agak lurus bendol sikit, "samiq-na wa atoq-na" dia ni semacam saja. Sebarang masalah yang menggugat ekonomi boleh dihumban kepada Mustapha dan keselamatan kepada Tajol Rosli. Amaran Mahathir bahawa REFORMASI dan GERAK bertujuan untuk penimbulkan kekacauan dalam negara jangan dipandang sepi. Sebelum Sdr. Anwar dipecat, dakyah-dakyah Mahathir berjalan selama 2 minggu sebelum pemecatan.

Peristiwa Memali berlaku semasa Mahathir di luar negara, begitu juga dengan beberapa peristiwa kecil yang lain. Arahan dari luar negara cuma satu saja, "Laksanakan Pelan A," atau "Laksanakan Pelan B." As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya gugur diserbu, ditembak oleh PPH dan penjelasan dari kerajaan masih kabur.

Kita kuatiri perhimpunan hujung minggu ini dan seterusnya akan bermandian darah melalui kekecohan yang akan ditimbulkan oleh pasukan dari cawangan khas. Orang yang macam Mahathir dan Rahim Noor sanggup menembak anggota polis sendiri dan meletakkan kesalahan kepada rakyat yang berhimpun. Bagi mereka, 'Everyone is dispensable' of course kecuali diri mereka dan mungkin anak-isteri mereka(Pelan A). Jadi 'attacking' atau serangan merupakan

Andaikata anggota polis berpihak kepada rakyat seperti pada 10 Oktober 1998, maka perlu dilaksanakan Pelan B. Mahathir akan bersara dan terus di luar negara. Maka tinggallah negara dengan hutang dan terkontang-kanting. Hutang Jepun, wang KWSP, Petronas, Tabung Haji dan sebagainya telah beliau sapu sebelum melarikan diri. Jadi Pelan Bacul ini dilaksanakan untuk ketamakkan diri dan kuncu-kuncunya.

Sekiranya sesuatu tak kena dengan Pelan A dan Pelan B, maka Pelan C dilaksanakan iaitu 'wait and see.' Ini bermaksud beliau akan terus menekan, tangkapan demi tangkapan mengikut keperluan, memalsukan bukti dan berita, meneruskan sesi perbicaraan Sdr. Anwar dan bersedia untuk pilihanraya. Sewaktu pilihanraya, beliau akan pastikan nama PAS diburukkan, DAP kehilangan calon, Sdr. Anwar tidak layak bertanding, ABIM, PKPIM dan JIM dan porak-peranda, mereka yang tidak menyokong kerajaan secara buta-tuli akan ditukarkan (susah nak mengundi), dipencenkan, dikenakan tindakan disiplin yang merupakan amaran kepada rakyat. Syarikat swasta dipastikan menjalankan dasar ini andaikata tidak mahu menerima tekanan dari kerajaan. Rakyat diugut akan kelaparan dengan alasan hanya UMNO mampu memulihkan ekonomi.

Beginilah nasib rakyat yang ditindas oleh kezaliman seorang pemerintah bernama Mahathir Mohammad. Mahathir akan dikenang sebagai seorang pemerintah autokratik yang zalim, sistem pemerintahan ala anarki yang menjurus kepada Feudalisma moden.

Bangun, bangkit dan laksanakan tugas anda sebagai Pejuang Agama, Bangsa dan Negara.