Rayuan Buat Para Hakim & Peguam

 

 

        Kepada Yang Arif Ketua Hakim dan Para PeguamKepada Yang Berbahagia Peguam Negara Malaysia.Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.Sebelum kami memulakan bicara kami yang ringkas ini terlebih dahulu ingin kami sampaikan salam rakan-rakan kami yang terlibat dengan rintihan ini. Kami bukanlah terdiri dari golongan marhin ataupun penuntut Yniversiti. Kami tidak diperalatkan oleh mana-mana puihak dan kami juga adalah terdiri dari golongan terpelajar, lepasan dari luar negeri dan kami juga adalah terdiri dari golongan ribuan rakyat yang sama-sama berada di sekitar Mahkamah untuk melihat keadilan yang dipraktikkan oleh pihak yang terlibat dalam Sistem Kehakiman Negara sekarang ini.Pada kami kes Anwar Ibrahim hanyalah kebetulan sahaja tetapi kes ini juga merupakan penentu untuk segala-galanya. Penentu dalam mencorakkan arah hala negara ini samada ia akan menuju kepada pemerintahah kukubesi atau pemerintahan bercorak demokrasi. Di dalam tangan anda, di hujung pena anda dan di minda anda yang waras terletak semuanya ini. Sememangnya berat dalam membuat pilihan ini.PADA FIRASAT KAMI apa yang berlaku sekarang ini adalah personal - perlawanan antara Mahathir dan Anwar. Untungnya di pihak Mahathir dia berkuasa, dia kaya dan masih memegang jawatan Perdana Menteri. Dari itu dia boleh mengarahkan jentera pentadbiran, Polis, Media Massa, BiroTata Negara, Jemaah Menteri dan lain-lain supaya memihak kepada dia. Orang-orang tertentu diarah fabricatekan sesuatu seolah-olah nampak seperti Anwar seoarang penjenayah yang amat menakutkan sehingga mengancam parti dan negara.

 

        Siapakah penjenayah yang sebenar? Masih ada pembunuh dalam parti yang kesnya belum selesai dibicarakan. Adapembunuh dalam parti yang memperkosa mangsanya sampai mati tidak dibicarakan dan banyak lagi yang kami tahu. Mereka ini amat merbahaya. Kami dapat melihat semua ini dan kami amat faham. Percayalah bahawa kami tidak buta.Kami sedih bumi yang dianugerahkan oleh Tuhan adalah untuk seluruh rakyat negara ini, tetapi hamp[ir semuanya dikaut untuk beliau, kaum kerabat dan rakan sekepentingan. Apa yang tinggal lagi untuk rakyat Malaysia? Jalan raya? - yang diperah balik melalui bayaran tol yang mahal. Semua harta yang ada diswastakan. Siapa yang dapat? Tempiasnyadi mana? Tak perlu menidakkan dan tak perlu memutarbelitkan fakta dan kenyataan. Anak-anak muda sekarang orang korporat dah pandai baca dan analisa akaun. Malaysia bukan sebuah syarikat milik Mahathir atau Daim. Malaysia adalah negara milik rakyat Malaysia. Inilah yang mereka terlupa.Parti UMNO kini telah dirampas oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Pemimpin UMNO tidak berani buka mulut, semuanya takut. Atas alasan apa diri sendiri yang boleh menjawabnya.

       

        Bila selesai rancangan mereka UMNO akan hancur, mereka akan lari bersama harta negara, harta rakyat yang mereka curi dan sekarang pun telah dilakukan oleh Daim sedikit semi sedikit, kami tahu sebab kami ramai kawan. Seterusnya yang ditinggalkan oleh Mahathir adalah sebuah negara yang bankrup dengan ratusan wigDatin Seri Dr. Siti Hasmah. Rakyat, generasi muda dan anak-anak kita akan melihat dengan putih mata. Inilah yang dekesalkan sangat oleh Allahyarham Tunku Abd Rahman dan Tun Hussein Onn.Tak terfikirkah oleh Mahathir segala hak yang diambil untuk membela anak-anaknya yang tidak bertanggungjawab itu tidak betul, tidak adildan itu adalah kes penipuan, jenayah No. 1? Kalau Mirzan mahu berjudidengan harta sendiri, lantaklah tetapi kenapa tauke-tauke dan duit rakyat diambil untuk jamin judi beliau, untuk jamin perniagaan beliau. Kami tidak halal sama sekali. Balasannya adalah balak dari Allah. Semoga tuhan m,elindungi hamba-hambanya yang tidak berdosa.Kepada anda Para Hakim Yang Bijaksana, Peguam Negara dan DPP serta yang lain yang terlibat secara langsung atau tidak dalam kes Mahathir vs Anwar kami mengamanahkan kepada anda sekelian supaya melaksanakan tugas-tugas anda dengan ikhlas, jujur, adil dan bertanggungjawab dengan berlandaskan fakta-fakta yang benar dan bukan dibuat-buat, ditokok tambah, sicipta atau dikarang bukti semata-mata takut pada Mahathiratau atas kepentingan lain. Kami minta anda junjung keadilan. Kami sentiasa memehati setiap tindakan dan apa jyga yang berlaku dalam Mahkamah. Kami tidak percaya pada apa yang disiarkan dalam akhbar milik kerajaankerana pembohongan mereka yang berlebihan. Ingatlah ini adalah permohonan dari seluruh rakyat yang disertai dengan doa kepada Allah S.W.T. dan kami berharap anda tidak pandang enteng dengan kebesaran dan kekuasaan Allah berbanding dengan kebesaran dan kekuasaan Mahathir.Niat anda dalam memulakan perencanaan dan pengendalian kes ini amat penting sekali. Tuhan tahu dan sedang menyaksikan apa saja tindakananda sekelian.

 

        Ayuh! Jalankan tugas anda dengan ikhlas, adil, amanah tanpa bias. Kembalikan maruah mahkamah yang telah tercemar kerana ketidakadilannya. Jangan takut dan bertawakkallah pada Allah. Tetapi sekiranya anda melaksanakan tugas anda dengan tidak bersandarkan pada ciri-ciri keadilan sejagat yang sepatutnya anda praktik dan ikut maka anda dikira telah berhutan keadilan pada seluruh rakyat Malaysia dan dosa-dosa anda pada kami tidak dapat kami ampunkan.Kepada rakyat Malaysia sekelian yang 90% peka dengan keadaan yang berlaku sekarang ini sama-samalah kita menadah tangan memohon restu dan hidayah dari Allah S.W.T. supaya memberi kekuatan, petunjuk dan hidayah kepada para hakim dan Peguam Negara serta kakitanganny agar membantu mereka untuk membuat pertimbangan yang adil lagi saksama dalam kes pertarungan antara Anwar vs Mahathir. HENTIKAN KEKEJAMANMU.

 

 

Oleh Mentimun_61@hotmail.com - Pendokong Reformasi