NEGARA POLIS - TIADA PEMANGKU PM

 

 

	Dalam tempoh 5 hari  Mungkin rakyat Malaysia tidak sedar bahawa negara 
kita tiada pemangku PM. Kekosongan ini kerana  Diktator Mahathir 
melancong ke Tokyo untuk mendapat simpati Jepun bagi mendapat pinjaman. 
Mahathir tidak melantik pemanggunya untuk mentadbir negara. Semua orang 
telah membaca akan penjelasan Mahathir, beliau akan menamakan pemangku 
apabila beliau keluar negara. Setahu kita Abdullah Badawi dan Najiblah 
yang berpeluang sementara waktu menjadi PM sepeninggalan Mahathir tetapi 
tidak, yang dilantiknya ialah Tajul Rosli dan Mustafa Mohammad. Justeru 
itu kita lihat negara kita sudah menjadi negara polis mutlak (absolute 
Police State) dalam tempoh lima hari kerana negara sekarang di bawah 
kuasa Menteri Dalam Negeri. Buktinya polis bertindak ganas memukul para 
demontrator di K.L (17.10.1998).

	Setahu kita belum pernah berlaku di negara ini sejak zaman Tunku hingga 
ke zaman Tun Hussein Onn tidak melantik pemangku PM apabila PM 
menjalankan urusan negara di luar negara. Ternyata di sini bahawa 
Mahathir tidak mempercayai kedua-dua Naib Presiden UMNO untuk menerajui 
negara. Kedua-dua badut ini harus berasa malu kerana sebagai pemimpin 
kedua dan ketiga tertinggi dalam UMNO tidak terpilih menjadi pemangku 
PM, walhal salah seorang daripada mereka layak menjadi pemangku PM. 
Tetapi apa yang berlaku ahli jawatankuasa tertinggi UMNO yang dilantik 
menjadi penjaga negara.

	Sebenarnya Mahathir bimbang sekiranya salah seorang atau kedua-dua 
boneka ini dilantik menjadi pemangku PM besar kemungkinan mereka akan 
melakukan rampasan kuasa. Maka hilanglah kuasa Mahathir sekembalinya 
dari perantauan. Mungkin cabut lari terus menyelamatkan diri.


	Di Jepun Mahathir mengambil kesempatan  membelasah Anwar sebab Mahathir  
tahu Anwar semakin kesohor di peringkat antarabangsa. Bagi menutup 
pekong di dadanya, Mahathir menyuarakan perasaan kesalnya di atas 
tindakan polis terhadap Anwar Ibrahim. Kemudian media tempatan 
menyiarkan gambar Anwar sedang menikmati juadah bertaraf VIP semasa 
berada di Penjara Sungai Buluh. Bagaimana dengan layanan makanan di 
rumah pasung di Bukit Aman. Mengapa media tidak menyiarkan makanan 
istemewa yang disediakan untuk Anwar. Kalau siarkan tentu kena ISA 
(Iblis Syaitan Act).

	Bayangkan betapa prihatinnya Mahathir terhadap kesihatan dan keselamatan 
Anwar ketika berada di luar negara. Sebaliknya semasa di negara sendiri 
Mahathir terus terang mengatakan Anwar melakukan kecederaan sendiri. 
Jelas Mahathir memutar belitkan lidahnya untuk meraih simpati rakyat di 
samping cuba melindungi pihak polis. Tetapi di luar negara mengkritik 
tindakan polis. sekali lagi Mahathir memutarbelitan lidahnya menafikan 
penglibatan beliau atas tindakan KPN (Ketua Pirate Negara) Rahim Noor.  
Pertanyaan, sanggupkan Mahathir mengakui orang yang memukul Anwar di 
Bukit Aman ialah budak suruhannya KPN sendiri.

	Saya fikir Mahathir tidak akan menuduh KPN (Ketua Pirate Negara) itu 
melakukan penyiksaan tersebut. Walau bagaimanapun polis tetap 
dipersalahkan dengan cara mengupah orang kedua (bukan timbalan KPN), 
maksudnya sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan KPN untuk mengaku 
bertangungjawab menyiksa Anwar.  Perkara ini dapat dilakukan kerana 
Mahathir mempunyai pelbagai kaedah putar belit bagi mengabui mata 
rakyat. KPN Rahim Noor tidak dikenakan hukuman sebaliknya akan 
dinasihatkan bersara. Semua orang tahu KPN telah pun bersara sejak bulan 
Jun 1998 lalu tetapi disambung ke dua tahun atas arahan Mahathir. Jadi, 
untuk menyembunyi arahan Mahathir itu, penyambungan tugas Rahim Noor 
akan ditarik balik. Mahathir akan fikir alasan yang sesuai perlepasan 
jawatan KPN itu. 

	Hakikatnya, Mahathir cuba menutup satu pembohongan yang beliau lakukan 
dengan sepuluh  pembohongan lagi. Akhirnya berpuluh-puluh pembohongan 
beliau itu akan ditutupi dengan beribu-ribu pembohongan. begitulah 
seterusnya yang selamat Mahathir, familinya dan kroni-kroninya tetapi 
yang menerima padah adalah seluruh rakyat. Berilah peringatan dengan Al 
Quran (fazakkir bil Quran.)  

 

Anda semua fikirlah sendiri, betapa belitnya Mahathir. Masa dalam negara dia 
Sokong Rahim Noor. Luar negara dia ' macam ' sokong Anwar dan kutuk polis.

 

Wartawan Reformasi...