Hidup Reformasi!!

MOGOK UMUM PADA 23&24 OCTOBER, 1998.

Wahai rakyat Malaysia, Sedarkah anda bahawa wang kita di Petronas, EPF, Amanah Saham , Tabung Haji, PERKESO, lain-lain tabung telah dipergunakan dengan sesuka hatinya oleh diktator Mahathir & Daim ????

Bangkitlah Wahai Rakyat Malaysia, Kita Perlukan Pemimpin Yang Bersih Cekap AMANAH Bukannya

SAPU, GUNA & LARI!!!!!

 

    Ada maklumat terkini yang mununjukkan perkerja-pekerja Petronas yang tidak puashati dengan cara wang Petronas disalahgunakan untukmenyelamatkan syarikat-syarikat kroni Mahathir telah merancang untukmengadakan mogok pada 23&24 October 1998. Marilah kita sama-sama menunjukkan sokongan kita kepada pekerja Petronas dengan mengadakan mogok umum pada 23&24hb October 1998 yang akan datang ini. Saudara-saudari sekalian diminta mengambil cuti"emergency", cuti sakit atau apa saja alasan untuk tidak hadir ditempat kerja. Saudara diminta datang beramai-ramai bersembahyang Jumaat ditempat/daerah masing-masing, kemudian berarak dalam konvoi dengan kereta,motosikal atau pun basikal mengelilingi kampung atau bandar saudara.

    Konvoi saudara akan disertai oleh penyokong-penyokong bangsa lain semasa ia berjalan mengelilingi bandar. Inilah satu-satunya cara kita menunjukkan ketidakpuasan hati Pekerja-pekerja Telekom, Tenaga Nasional, perkhidmatan pengangkutan (keretapi, bas dan penerbangan) diseru menyertai mogok tersebut. TUNJUKANLAH KEPADA MAHATHIR KUASA DAN PERANAN PENTING RAKYAT. Bayangkanlah jika stesyen-stesyen janakuasa ditutup, bekalan gas dariloji-loji gas Petronas dipotong, KLIA/Subang manjadi lumpuh,perkhidmtan pengangkutan awam menjadi lumpuh - MAMPUKAH MAHATHIRBERCAKAP BESAR MENGATAKAN YANG DIA MASIH DISANJUNGI?? Mahathir teruskan helahnya memperbodohkan rakyat dengan mengatakanbahwa yang menunjuk perasaan dan menyokong DS Anwar adalah segelintir kecil saja, sebaliknya masih ada berpuluh-puluh juta rakyat yangsokong pada kerajaan pimpinannya. Untuk menunjukkan bilangan rakyatyang benci pada pemerintahan Mahathir, MOGOK DAN PERARAKAN INI HARUS DIADAKAN SECARA SERANTAK DI SELURUH NEGARA PADA 23&24HB OCTOBER. Mahathir juga selalu menggunakn dalih demi kestabilan dan ketenteraman negara, rakyat harus tidak berdemonstrasi. Inilah helah-helah Mahathir yang sudah hilang pengaruh di kalangan rakyat.

        Apakah demonstrasi atau kekecuhan jangka pendek harus dielakkan demi kepentingan negara untuk jangkamasa panjang?? Lihatlah di Indonesia, keadaaan ekomoni sudah dalam arah pemulihan sepertimana yang dilapurkan dalam akhbar baru-baru ini. Jika Suharto tidak dijatuhkan, adakah Indonesia akan menikmati perubahan politik dan pemulihan ekonomi dalam masa begitu singkat? Semasa keadaan menjadi runcing di Filipina dalam keadaan "stand-off"antara Corazon Aquino dan F. Marcos, dua tokoh utama iaitu Gen. Ramos dan Juan Enrile telah mengambil satu keputusan yang penting dalam sejarah Filipina dengan memihak kepada Aquino. Kedua-dua pemimpin tersebut adalah wira yang mengembalikan Filipina kepada kerajaan demokrasi yang dinikmati hingga ke hari ini. Adakah Melaysia kekurangan pemimipin yang berani menampil ke hadapan untuk menegakkan keadilan dan demokrasi, samada pemimpin tentera, Sultan-sultan atau sebagainya? Adakah Mahathir begitu kebal??"Khabar angin" yang Rahim Noor telah dipukul oleh anggota komando Johor kini menjadi semakin nyata. Sumber-sumber tertentu menyatakanRahim dipukul kerana dia tidak membenarkan Sultan Johor melawat Anwar semasa ditahan di Bukit Aman. Sultan Perak, Kelantan dan SultanTerengganu juga dilapurkan menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar,tetapi tidak secara terang-terang. Majlis Sultan-Sultan harus bersatu dan mengarahkan Mahathir untukmengadakan pilihanraya secepat mungkin kerana kehilangan kepercayaan rakyat terhadap pucuk pimpinan kini. Mahathir memang cuba elakkan pilihanraya dalam tiga bulan dari sekarang kerana UMNO sudah berpecah,PAS menjadi semakin kuat dan syarikat-syarikat kroninya belum habis diselamatkan lagi. JANGAN BERIKAN PELUANG KEPADA MAHATHIR UNTUK MEMULIHKAN PENGARUHNYADENGAN HELAH-HELAH SEPERTI PROPAGANDA MEDIA, POLITIK WANG, ANCAMANTAHAN ISA DLL. RAKYAT MESTILAH BERTINDAK SEGERA!!

 

SILA Print Dan Sebarkan Maklumat Ini Kepada Rakan-Rakan , Saudara DAN Kenalan Anda Kecuali Kepada Rahim Noor Dan Mahathir.