Analisa Politik Semasa bahagian 3



1 Tahanan ISA

Lagi ditahan… En. Mahender Singh dilepaskan, Tuan Hj.. Shaari Sungip pula ditahan. Engineer ditahan, pemimpin JIM ditahan. Selepas ini siapa pulak akan ditahan, Wallahu ’alam. Mengapakah mereka ini ditahan? Ini kerana mereka seperti ABIM, PKPIM dan ASASI penyokong utama REFORMASI.

Kita tertanya-tanya, bilakah Presiden ASASI akan ditahan? Presiden ABIM, PKPIM dan JIM telah ditahan dan saya kira Presiden ASASI pada masa sekarang ini menjadi tahanan ISA di rumah yang belum dilokapkan, hidup dalam keadaan kebimbangan dan menanti masa. Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang lain yang hidup dalam kebimbangan dan tidak tahu akan apa yang bakal menimpa diri, sanak-saudara, sahabat-handai, jiran-tetangga dan keluarga.

Kita seoalah-olah hidup dalam ‘Negara Komunis’, ‘Negara Nazi’, ‘Negara Shahan Shah’ yang membuat kita hidup, makan, bekerja, berpakaian, sembahyang, berhibur, bersukan tetapi tidak bebas melahirkan rasa hati dan pendapat. Kita mengalami kehidupan yang tertekan, rasa ‘insecure’, tidak yakin dengan masa depan diri, masa depan keluarga, masa depan negara dan tidak tahu arah tuju melaksanakan nilai-nilai murni dalam masyarakat kita.

Inilah realiti kehidupan kita masa kini, bebas tetapi terbelenggu, merdeka tetapi terjajah, boleh bersuara tetapi dibisukan, boleh berkumpul tetapi dihambat macam haiwan.

Apakah ini dikatakan MERDEKA! Apakah ini dikatakan KEBENARAN! Apakah ini yang dikatakan KEADILAN! Apakah ini yang dikatakan KEPIMPINAN melalui TELADAN! Apakah ini dikatakan PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT!

Kita dijantikan beribu macam janji, diperbodahkan melebihi kanak-kanak, diperkudakan lebih dari haiwan yang melata, ternyata kepimpinan Mahathir adalah kepimpinan palsu yang menipu rakyat dan merupakan petualang, pengkhianat Bangsa dan Negara. Wakil-wakil rakyat yang menyokong dan membisu seribu bahasa akan kami persoalkan di Padang Masyar kelak. Kami akan menuntut janji, kami akan menuntut keadilan, kami akan menuntut hak sebagai yang dipimpin oleh pemimpin yang wajib mempertahankan meruah dan memperjuangkan hak kami.

Bertaubat sebelum terlambat. Suharto terlambat 1 bulan, Mahathir terlambat, terlajak dan sekarang merupakan pemimpin terhina di abad ini. Para wakil rakyat ingatlah, ugutan dari Mahathir merupakan dugaan. Rakyat akan memaafkan kesalahan lama jika saudara sanggup berkorban untuk rakyat. Rakyat akan melupakan kesalahan dahulu sekiranya saudara bertaubat dan bersama rakyat memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Ingat, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

2 Zahid didera

Y.B. Datuk Zahid Hamidi dilepaskan setelah 9 hari ditahan. Seorang Y.B, seorang bergelar Datuk. Y.B.= Yang Berhormat bukan Yang Binatang!

Dari sumber Bkt. Aman yang bersimpati, telah dimaklumkan bahawa Zahid dimalukan, dihina dan tidak dihormati. Professional penyoal yang menyoalnya ialah kepakaran dalam mengaibkan dan menguggut seseorang.

Apakah yang berlaku? Zahid dibogelkan! Kemaluannya dijentik! (Kalau ikut rasa, nak maki saja di sini, tapi biar saya menulis dengan beradab sikit). Apa nama manusia penyoal interogasi ini! Kalau penyoal ini tidak bacul dan benar-benar jantan, cuba jentik seorang sama seorang dan dalam keadaan bebas. Kalau tidak dayus mengapa nak menghina seseorang sedemikian rupa. Orang yang dayus dan serba kekurangan saja yang berani ke atas orang yang telah mereka belenggu. Kita doakan agar kemaluan penjentik itu mendapat penyakit yang sesuai dengan kebolehannya.

Bukan setakat itu, Zahid telah diugut semasa dalam tahanan. Surat perletakkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO bertarikh 1 September 1998 sedangkan beliau dibebaskan pada 3 September 1998. Beliau tidak melepaskan dengan sukarela, beliau diugut dengan ugutan yang kita tidak tahu bagaimana bentuknya. Hishamuddin yang mengambil-alih jawatan itu seharusnya merasa malu kerana mengambil kesempatan bak kata perpatah ‘memakan nasi di kubur kawan’.

3 Menghina ABIM

Saya difahamkan sewaktu Ahmad Azam ditahan beliau telah digari. Apakah beliau ini penjenayah besar sehingga digari dikhalayak ramai. Apakah beliau tidak mempunyai maruah selaku pemimpin ABIM yang berjuang berteraskan Islam. Penggari itu perlu memohon maaf bukan saja dari Ahmad Azam tapi dari semua ahli ABIM, beliau telah menghina ABIM secara tidak langsung (itu pun kalau beliau ingin memohon maaf, jika tidak dihadapan Allah beliau harus memberikan jawapannya). Jika sekarang mereka menghina orang, nanti kehinaan akan diberikan Allah kepada mereka.

Kepada para penggerak anti-rakyat, ketahuilah bahawa tidak diterima ketika dengan berbicara dengan Allah di Akhirat dengan alasan ‘kami menjalankan tugas, kami hanya menjaga periok nasi kami’. Ketahuilah bahawa syaitan dan koncu syaitan akan berlepas diri dari bertanggung-jawab dan ketahuilah bahawa bukan ke Allah yang memberikan rezeki seseorang itu?

Bertaubatlah! Marilah berjuang di jalan yang benar. Tegakkan keadilan dan marilah kita bersama-sama membangunkan Negara kita dan bukannya membangunkan syarikat individu tertentu.

4 Renong; Rakyat termenong

Tak habis-habis kisah Renong. Selepas KPB (Konsortium Perkapalan Berhad-Mirzan), sekarang timbul semula Renong yang diberi projek besar negara. Terbongkarlah siapa yang menerajui Renong; Halim Saad dan lain-lain. Siapakah yang lain-lain? Adakah Mahathir? Daim? UMNO sendiri? Andaikata pengagihan itu merata, tidaklah begitu sukar untuk menyelamatkan projek-projek negara. Seandainya tidak ada penyalahgunaan kuasa dan tidak berboros sewaktu ekonomi baik, tidaklah akan menjadi begini. Sekarang rakyat pula yang harus menyelamatkan mereka dengan wang simpanan kita. Menyelamatkan mereka dari bengkrap agar mereka kaya semula dan kita pula papa-kedana. Ingat tak sewaktu penggunaan wang KWSP untuk membeli stok simpanan timah di London beberapa tahu dahulu? Kerugian ditanggung oleh rakyat dan keuntungan dikaut oleh ‘Syarikat’ tertentu.

Pegawai-pegawai kerajaan wajib menjalankan tugas mereka menyelamatkan negara ini dari dihancurkan oleh segelintir pentualang yang rakus. Mereka wajib menjalankan tugas mereka agar nasib rakyat terbela. Mereka wajib menjalankan tugas mereka kerana sumber pendapatan mereka adalah dari rakyat. Nasib rakyat perlu dibela dan kedaulatan Negara perlu dipertahankan.

Wallahu 'Alam