SURAT AMARAN UNTUK Muhyiddin Yasin

 

 

Surat Kepada Menteri Belia dan Sukan

 

Ni lagi satu kalau boleh nak bagi pendapat. Frankly speaking lah kan, Dato', cukuplah dengan Sukan Komanwel ke-16 baru2 kita anjurkan..tak perlulah nak sibuk2 anjurkan Sukan Olimpik pulak? Dato' tau tak betapa kitaorang MELUAT masa tu bila Dato' buat staetment yang kita akan apply for anjurkan Sukan Olimpik pulak..masa tu Komanwel belum start lagi.Betapa marahnya kami sebab belum pun Sukan Komanwel start..Dato' dah mula dah nak anjurkan Sukan Olimpik pulak.Bukan kitaorang takde keyakinan atau semangat kesukanan(Majulah Sukan untuk Negara!)tetapi tidakkah Dato' tau betapa PERIT DAN TERSEKSAnya rakyat BERTUNGKUS-LUMUS untuk menjayakan Sukan Komanwel tersebut?

 

 

Kesan yang tampak nyata ialah para pelajar.Kami menyuarakannya kerana kami TELAH MELALUI/MERASAI KEPERITAN yang TERPAKSA TENAGA KAMI DIKERAH UNTUK MENJAYAKAN SUKAN KOMAWEL TERSEBUT. Kesan yang paling ketara ialah PARA PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA(UPM). Ada diantara kami adalah penuntut tersebut. Taukah saudara/tuan2 pembaca betapa TERSEKSANYA..PERITNYA hidup pelajar UPM kerana sejak kemasukan mereka semasa semester Mei lepas..langsung TAKDE AIR!!UPM KERING KONTANG!!!!!!!!!! kerana apa? kerana UPM paling dekat dengan Stadium bukit jalil dan berdekatan dengan perkampungan komanwel..diorang(hey..kerajaanlah!sapa lagi??) 'reserved'kan air-air tersebut untuk para perserta2 yang mengambil bahangian dalam acara tu.

 

Dan kesannya pelajar2 UPM terseksa selama lebih kurang 41/2 bulan!Mana taknya? Bayangkan takde air..pagi2 lagi kena angkut 2-3 baldi air dari tangki lori air..bawak pulak ke asrama masing..belajar pun terganggu sebab teringatkan air belum ambik lagi..habis tu,camna lak nak mandi esok pagi? dah angkat penat pulak(yelahkan..2-3 baldi!everyday..mana larat beb!) camna lak nak belajar?Exam dah nak dekat? terpaksa la pulun dan bersengkang mata. Betapa seksanya kami..tapi apakan daya untuk negara jugak.Ini turut dialami oelh rakan kita di UKM walaupun takseteruk UPM.Lagi satu..Sukan Komawel ni effect cuti. Dah la syllabus takhabis..tup2 cutri bertukar pulak.

 

 

Ini memeningkan pensyarah kerana syllabus belum habis kerana cuti dah tukar waktu lain pulak.Para pelajar yang menjadi sukarelawan..terpaksa telan air liur sebab rite after Sukan Komawel..terus exam!pulak! takpe kerana uuntuk negara tercinta..rela berkorban.. tapi bila Dato' buat kenyataan pasal nak anjurkan Sukan Olimpik, terus kesabaran kami tercabar!kalaulah Malaysia berjaya mendapat hak utk anjurkan Olimpik..tak taulah macamana!! Sukan Komanwel yang diangotai oleh sebilangna negara sajapun dah cukup perit..(membazir pulak tu!! MAS catering bukan main lagi sediakan makanan lazat 24-hours a day kat para peserta...kalaulah diorang buatkan macamtu untuk orang2 miskinkan bagus!) apatah lagikalau Olimpik yang akan DIHADIRI OLEH SELURUH/SEGENAP NEGARA DI DUNIA INI?boleh pikir sendirilakan?(itupun kalau ada otakla!!)habis bertambah sesak/jamlah traffic kat KL ni..nak naik LRT/STAR mahal sangat pulak..bas jugak yang menjadi pilihan..bas intrakota pulak makan duit rakyat..bukannya nak bagi balik duit sepulah sen balik..habis itupun nak di sapunya jugak!!!Alahaiiiii.......!!

 

 

Lepas ni..tanah kerajaan negri mana pulak nak menapung buat stadium? Stadium Bukit Jalil yang menelan..fuh! berBILION2 ringgit HANYA UNTUK DIGUNAKAN SELAMA 2 MINGGU sahaja! lepas tu..GERAK nak mintak anjurkan perhimpunana AMAN tak kasi pulak..abis tu..stadium tu nak di gunakan untuk apa? Tak ke membazir tu?kalau sukan olimpik pulak?! hish! tolonglah..hal2 macam ni boleh fikir sendiri..lebih baikla duit tu dilaburkan untuk biasiswa pelajar ker..takpun pinjaman jadilah..kitaorang bayar balik bila dah bekerja nanti..paling tidak pun buatlah banyak2 rumah kos rendah..ini untuk rakyat jugak..ramai..bukan untuk kepentingan beberapa orangaje..akhirnya..para pelajar/rakyat2 ini jugaklah yang akan menyumbangkan kemakmuran serta pendapatan ekonomi negara kelak.

 

 

Tolonglah fikirkan semua in..janganlah mengambil kepentingan peribadi sahaja.jalankanlah tanggungjawab dengan sepenuhnya.kami menyuarakan pendapat kami ini supaya moga2 ada pihak yang sedar dan mengambil tindakan yang sewajarnya.Bukan apa..kami sedih kerana golongan seperti kami ini diperkotak-katikan seolah-olah diambil mudah sahaja. Tidakah anda semua baca runagan Forum utusan malaysia atau mana2 ruangan pendapat di mana para pelajar sana sini tak habis2 meraya agar diberi pinjaman yang sewajarnya.Contonya rintihan pelajar USM di runagan forum Utusan Malaysia minggu lepas..para pelajar tajaan MARA mendapat elaun bulanan yang amat sedikit.Setiap bulan tajaan MARA( sebahagain besar kami adalah dibawah tajaan MARA) akan mendapat RM140 sebulan!!!!!!Alahai....tolonglah..duit makan sehari dah menjangkau RM4-6 sehari!!seminggu katakanlah dah RM100 lebih..habis tu duit buku2, fotostate? Bukannya free..sikit2 bayar! Yuran pengajian dahlah di naikkan!!!!Kitaorang bukannya makan sedap sampai mahal begitu sekali..tetapi pihak kantin pulak kesempatan harga mahal! Sebabya para pelajar takde pilihan lain sebab duduk dalam kampus.Kalaula duit2 yang dibazirkan itu seperi rumah PM RM200 juta tu (hai..rumah kata pergi kubur kata mari pun nak buat mahal2?memang dasar orang nyanyuk dan Rakus!!!!!!!hey!!!!!!apa dah jadi dengan slogan BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA?? PM kita sendiri pun beli satin mahal2 diimport khas dari Paris!!Apa, ingat kain satin tempatan tak cukup bagus ker?

 

  

Banyak cantik!rakyat di suruh beli barangan tempatan..dia pulak barangan import!dasar putar belit!!), takpun nak tolong bail-out renong tu pasal apa?bukannya sikit!berbilion! panas telinga kitaorang dengar..yang si Mirzan tu habiskan duit pergi judi kat Hong Kong buat apa? Kan dah susah kena tolong selamatkan hutang..kalau duit sendiri takpe jugak! Ni duit KWSP yang mak bapak kakak abang kitaorang daridulu dok menyimpan pulak yang kena rampas!!!!!!!penat2 je ...kalau difirkan..memang sakit hati!!!!!!!So...kitaorang stop sini dulu..sorrylah kerana sejak peristiwa DS Anwar dipecat dahulu..golongan pelajar seakan senyap aje..bukan apa..mas atu kitaorang para pelajar sibuk dengan jadual peperiksaan akhir masing2, tapi sekarang kitaorang dah start cuti(kecuali ITM yang masih exam lagi..that's alrite..biar budak2 IPT lain uruskan,examlah dulu..lepas exam boleh join sekali kami untuk menegakkan keadilan) jadi berjaga2lah!!

 

 

Sekian..wassalam

Para pelajar UP/K/U/T M UIA, UM..Uniten..UniPet..UMS..KYPM,Kolej taylor,Kolej Sunway,KMS