SURAT AMARAN UNTUK NAJIB TUN RAZAK

 

 

Assalamualaikum..

 

Terlebih dahulu..kami ingin memperkenalkan diri kami..kami adalah sebahagian golongan pelajar/mahasiswa negara gabungan beberapa IPTA/IPTS tempatan dan juga bebrapa kolej2 swasta di negara ini..Diketahui umum..pemecatan DS Anwar Ibrahim merupakan isu paling hangat dan sering diperkatakan dan banyak kontrevesi yang timbul akibat daripada peristiwa ini.Dan kami rasa,kami sebagai pelajar juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat kami masing-masing mengenai isu ini.Secara rasminya..kami golongan terpelajar tanah air ini menyuarakan rasa TIDAK PUAS hati kami dan kami MEMBANTAH 100% pemecatan DS Anwar ini.

 

Sebelum kami memulakan pendapat kami..kami ingin memohan maaf sekiranya terkasar bahasa atau di anggap biadap , tetapi ketahuilah..kami,pelajar juga mempunya perasan dan jika anda semua tau atau tidak..golongan pelajarlah antara yang mendapat kesan yang paling teruk!Kepada YB Dato' Seri Najib Tun Razak,Menteri Pendidikan Malaysia Dato',Nampaknya dato' juga terlibat sebagai kaki mengampu PM..sikit2 kata "yes"..jadi tukang angguk PM..sedarlah sikit..bukankah dato' ni menteri pendidikan? Yang akan mencorakkan pendidikan negara kita kelak?kalau Dato' berperangai macam sial..macamanalah nanti corak pendidikan negara kita? Dan Dato'..TOLONGLAH jangan UGUT kami..daripada terus menperjuangan serta menegakkan keadilan sejagat..kalau golongan kami ini berdiam lagi..golongan mana lagi yang perlu memastikan keadilan ditegakkan?

 

Presiden Suharto meletakkan jawatan dan kini disandang oleh presiden baru adalah kerana rusuhan PARA PELAJARNYA yang lantang membantak pemerintahan Suharto tersebut dengan kerjasama rakyat jelata yang lain.TOLONGLAH jangan ugut dengan memberi amaran sikit2 TARIK biasiswa..sikit2 buang pengajian? Bukankah duit biasiswa(opss!! sekarang mana ada lagi biasiswa? Pinjaman aje!pelajar kena bayar balik!!!!lupa plak!) tu hak rakyat? Abis tu macamana pula Dato' boleh berani pulak nak main tarik2 biasiwa konon!!macamlah duit tu duit Dato! satu lagi buang pengajian..orang susah2 bertungkus lumus bersengkang mata, berusaha bertahun2 semata2 untuk memasuki IPT..senang2 je Dato' nak tendang! banyak cantik!!Ingat senang ker? Mak bapak bersusah payah mencari duit..dato' senang2 pulak nak tendang! Taulah yang Dato' tu anak orang berada..naik pun sebab ayah Dato' sendiri..Dato' tak pernah merasai kesusahan para pelajarnya.

 

Kerana apa Dato' buat begini? Semata-mata kerana TAKUT para pelajar akan memberontak.TOLONGLAH DATO'..kitaorang para pelajar SUDAH BOSAN! MUAK! MUAL! NAK MUNTAH! FED-UP! yang teramat sangat UGUTAN Dato' ! Balik2 UGUTAN yang sama diterima..come-onlah..kitaorg para pelajar boleh pikir sendiri..Lagipun..HANYA SEBILANGAN kecil sahaja pelajar yang dapat biasiswa(opss!!lupa lagi.Pinjaman!!!!) kerajaan..yang lain-lian tubayar sendiri? apapasal ek? oh ya..mana kerajaan ada duit kan? Mana taknya..rumah PM saja dah RM200 juta..kalaulah bagi bantuan pada para pelajar..fuh! boleh menambahkan bilangan graduan kat negara kitani..tak perlu susah2 nak import tenaga mahir dari luar..tenaga mahir dalam pun ramai jugak!Berbalik kepada Dato'..tolonglah jangan ingat kitorang ini tolol..dungu..kepala angguk aje..kitaorng ada otak! boleh fikir sendiri..keperitan sebagai pelajar bawah kelolaan ato' telah cukup mengajar kami mengenal erti budi menteri2 tanah air kita.Dato'..cuba fikirkan..Dato' kata(menuduh lagi tepat!!) para pelajarkita telah dipergunakan @ diperalatkan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan tertentu..macamlah para pelajar ini biul sangat macam angin ditiup lalang! kalaulah para pelajar seperti yang Dato'katakan..habis,bukankah Dato' sendiri adalah Menteri Pendidikan..dimana Dato' adalah yang menggubal sisitem pendidikan di negara ini?Maknanya Dato' GAGAL mejalankan TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MENTERI dan kalau dah gagal tu..bawak2 lah berundur!

 

 

Tidak sedarkah Dato' sebenarnya membuka pekung di dada?Habis sistem pendidikan yang Dato' gubal selama ini tidak berjayalah? TOLONGLAH...janganlah buat statement yang ntah apa2 ntah..yang BOSAN KITAORANG dengar..bukan para pelajar aje..tapi para pendidik sepergi guru serta pensyarah2..DAH MUAK dan BOSAN!!dan sekali lagi TOLONG JANGAN UGUT KAMI..macamlah kitaorang takut!Dengan ini..kami ,PARA PELAJARMENYOKONG REFORMASI DAN SEGALA BENTUK TINDAKAN UNTUK MENEGAKKANKEADILAN SEJAGAT.Oh ya! TIDAK LUPA JUGA MENGGULINGKAN KAKI2 AMPU PM SEPERTI.... (Eh?! Boleh cakap ker?kang kena tarik pinjaman pulak karang! takpun buang pengajian..takpun ISA??Syyyyyy!).Berhati2lah kerana para pelajar turut memgikuti perkembangan semasa tanahair melalui apa media pun.wassalam

 

Sekian..terima kasih..