Make your own free website on Tripod.com

Petikan Daripada Berita Harian Online

Kerajaan BN Mirip Piagam Madinah - Hamid Othman

 

JERANTUT, Rabu - Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini mirip kepada kerajaan di bawah pentadbiran Nabi Muhammad SAW di Madinah yang berkongsi kuasa dengan kaum lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Hamid Othman, berkata Rasullullah mengamalkan dasar yang dinamakan Piagam Madinah iaitu umat Islam mentadbir dan berkongsi kuasa dengan kaum Yahudi, pelbagai puak serta golongan pedagang.

"Mereka membangunkan kerajaan dengan keadaan aman damai di bawah pemerintahan Rasullullah.

"Piagam itu juga jelas menunjukkan umat Islam boleh menerima kaum lain dan mentadbir bersama jika kaum berkenaan bersedia berbaik dengan umat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ceramah isu semasa di Sekolah Agama Tengku Hajah Ampuan Afzan, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan BN membabitkan Umno, MCA, MIC dan beberapa parti lain berjaya menjadikan senario politik negara ini dalam keadaan yang baik sekali.

Katanya, kerajaan asing iri hati dengan kejayaan dicapai kerajaan kerana berjaya mentadbir negara dengan berkesan, menjamin kestabilan politik dan meletakkan ekonomi yang boleh menggugat kuasa ekonomi besar.

"Tekanan ekonomi yang dilakukan golongan tertentu untuk melemahkan kerajaan jelas sekali gagal kerana pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mempunyai cara tersendiri bagi menangani masalah itu.

"Contohnya, dasar sekatan terpilih yang mulai dilaksanakan bulan ini ternyata dapat mengukuhkan ekonomi secara berperingkat," katanya.

Mengenai pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Hamid berkata, ia adalah perkara biasa dan pernah berlaku sebelum ini.

"Memang menjadi dasar parti untuk memecat ahlinya yang melanggar disiplin," katanya.

 

 

 

Wartawan Reformasi Menjawab:

 

    Sebagaimana yang telah diketahui ramai bahawa Hamid Othman memanglah terkenal di kalangan Ulama' dan sekalian  rakyat sebagai Ulama' pengampu yang terhebat pada abad ini. Beliau tidak segan silu menggunakan pengetahuan agamanya untuk memutarbelitkan sirah perjuangan para anbia' dan sahabat demi kepentingan periuk nasinya.

    Adalah tidak benar Rasullulah SAW berkongsi kuasa dengan para musyrikin Yahudi di dalam pentadbiran kerajaan Islam. Rasullulah telah mentadbir negara Islam Madinah yang pertama dengan cekap dengan menjadikan Al-Quran sebagai rujukan. Hudud dilaksanakan di dalam keadaan negara yang majmuk pada masa itu. Majlis syura merupakan majlis persepakatan untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan menggunakan Al-Quran sebagai rujukan yang tertinggi. Rakyat, pada masa tersebut amat bebas berniaga, tiada tipu daya riba dan semua kaum hidup dengan aman damai pada masa tersebut.

 

    Umat Islam diwajibkan membayar zakat dan bukan Islam membayar Jizyah. Amir negeri, Gabenor dilantik oleh Rasullullah SAW. Kaum yang lain mempunyai wakil untuk membincangkan masalah-masalah mereka. Jadi keadilan Rasullullah memang tiada tandingan dan janganlah Hamid Othman hendak membandingkan keadilan Rasullullah dengan Kerajaan Mahathir sekarang. Jauh beza macam langit dengan bumi.

 

    Kenapa tidak di kata zaman Rasullullah hudud dilaksanakan dalam masyarakat Majmuk, kenapa tidak Malaysia, kalau betullah Islamik sangat kerajaan BN. Kenapa perundangan Lord Reid dijunjung, kenapa tidak Al-Quran. Sebenarnya kaum lain tidak mempunyai masalah di dalam melaksanakan apa jua hukum asalkan ianya membawa kepada keadilan, tetapi puak yang takut merupakan orang yang mengaku Islam tapi tidak mahu melaksanakan Islam. Jadi di bawalah dalil-dalil yang dangkal lagi memualkan. Ini adalah kerana , jika Hudud dilaksanakan , maka akan terhalanglah kegiatan-kegiatan sumbang puak tersebut selama ini dan pasti ada di antara mereka yang akan direjam sampai mati, disebat 80 & 100 kali.

 

    Saya tidak fikir berjudi, berzina, minum arak itu baik untuk orang bukan Islam. Tiada agama di dalam dunia ini , samada agama duniawi atau samawi yang berkehendakkan penganutnya melakukan perbuatan yang memudaratkan diri. Cuma mereka yang tiada beragama sahaja yang akan berbuat demikian. Sebenarnya, falsafah yang mengatakan "Berjudi, Arak " merupakan budaya kaum Cina & India adalah berbentuk penghinaan yang amat dahsyat. Adakah bangsa tersebut merupakan kaum yang suka melakukan kerosakan kepada diri sendiri dan keluarga. Ini semua merupakan propaganda secara halus yang dimainkan oleh mereka yang menjaga Hal Ehwal Agama di JPM untuk menghalalkan perbuatan tersebut. Jadi kaum tersebut akan menentang percubaan untuk mendaulatkan daulah Islamiah.

 

    Tidakkah terfikir oleh kita bahawa pada masa sekarang ini kadar jenayah di Kelantan telah menurun begitu drastik sekali. Apakah rahsianya ?. Cubalah renungkan.....

 

    Akhir sekali, buat saudara seagamaku, senegaraku, terutamanya Hamid Othman, jadilah warga yang bertanggungjawab sikit. Sekarang ini murtad berleluasa, mungkin hari ini anak Kamaruddin esok lusa entah anak kamu wahai Hamid. Kenapa tidak engkau mengatakan bahawa di zaman nabi penguatkuasaan murtad adalah hukum bunuh ? Mengapa menggunakan hujah yang dangkal untuk menjaga Mahathir dan kerajaannya. ?

 

    Buat rakan-rakan yang bukan beragama Islam, undang-undang Islam merupakan yang teradil. Lim Guan Eng tidak akan terpenjara jika Hudud dilaksanakan, Rahim Thamby Chik tidak akan terlepas jikalau Hudud dijunjung dan Anwar tidak akan difitnah sebegitu hodoh sekali jika Hudud  ada dan MAHATHIR, RAHIM NOOR, SERTA MT UMNO AKAN dihukum dengan 80 kali sebatan kerana membuat fitnah yang dahsyat.

 

Fikirkanlah......................

    

Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan

    - Menolak untuk tinggal di kediaman rasmi.

    - Memotong 30 % gajinya demi kepentingan rakyat.

    - Tinggal di rumah kampung dan tiada kawalan keselamatan yang ketat.

    - Menolak elaun keraian terutamanya Hari Raya yang berjumlah RM 30,000.00

    - Tidak mengambil elaun rumah kerajaan.

    - Tidak menyalahgunakan kenderaan Rasmi untuk kepentingan peribadi.

    - Tidak menggunakan jentera kerajaan di dalam urusan politik PAS.

    - Meluangkan masa kepada rakyat tak kira masa.

    - Zuhud  dan tidak menonjolkan diri sebagai wira.

 

Kepimpinan Mahathir

 

    - Buat rumah baru RM 200 Juta

    - Gaji + Elaun itu ini mencecah puluhan kadangkala ratusan ribu sebulan ( Overseas Claim - dia kata gaji dia kecil )

    - Kawalan keselamatan yang amat ketat, pakai baju kalis peluru. Hidup dalam ketakutan

    - Elaun keraian - Tak boleh nak cakap, terlalu banyak yang disapu.

    - Menyalahgunakan jentera kerajaan untuk menyelamatkan umur politiknya.

    - Membantu kroni dan menyalahgunakan tabung rakyat.

    - Bongkak, " Maksum", tidak boleh ditegur, dia sahaja yang betul dan wira dunia ketiga.

    - Sepanjang 17 tahun duduk takhta tidak ada langsung kesilapannya, hebat...

    - Dan banyak lagi....