Make your own free website on Tripod.com

MATA ANWAR LEBAM

KUALA LUMPUR, Sept 29 (AFP) - Mahkamah hari ini menolak permintaan bekas TPM Anwar dari di ikat jamin pada akhir sebutan kesalahan tetapi membenarkan seorang doktor mata memerikasa keadaan beliau

Anwar mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan korupsi dan liwat.

Bekas TPM dan Men. Kewangan dijangka akan di bawa ke sebuah mahkamah lagi di Petaling Jaya pada hari Rabu, demikian satu kenyataan menyebut.

Pada sessi tengahari, Hakim Hasnah Mohamad Hashim membenarkan Anwar yang tercedera mengambil tindakan terhadap tuduhannya berkenaan dengan kekejaman polis sewaktu penahan beliau di ibu pejabat Polis Bukit Aman.

Anwar berkata polis "memukulnya dengan kuat, menyebabkan luka yang serius" sehingga dia tidak sedarkan diri sehingga pagi esoknya.

"Mata saya ditutup dan tangan saya digari. Sebaik sahaja saya sampai di lock-up, mereka membuka kain penutup mata dan gari, tetapi selepas beberapa minit kemudian, mereka mengenakannya semula." dia memberitahu mahkamah.

"Saya ditumbuk dengan kuat pada dagu dan mata kiri. Saya juga ditumbuk pada sebelah kanan kepala saya dan memukul leher hiri saya dengan kuat." katanya lagi.

"Saya kemudian ditempeleng dengan keras pada pipi kanan dan kiri sehingga darah mengalir di hidung saya ketika itu. Bibir saya pecah dan luka. Dan justeru itu saya tidak dapat melihat dan berjalan dengan betul."

 

Di petik dari Akhbar AFP.