Make your own free website on Tripod.com

wan azizah dipanggil untuk kali ketiga

POLIS DAH MELAMPAU

KUALA LUMPUR, Okt 1 - Polis Malaysia masih meneruskan kezalimannya meskipun telah mendapat tekanan sedunia supaya tidak meneruskan tindakan-tindakan zalimnya seperti yang terbukti berlaku ke atas diri DS Anwar.

Pada hari ini, Datin Seri Wan Azizah telah dipanggil untuk kali ketiga memberi keterangan terhadap kenyataannya pada beberapa hari yang lalu yang menyatakan kekhuatirannya tentang nasib DS Anwar yang kemungkinan disuntik HIV.

Ramai berpendapat tindakan polis berkenaan adalah melampau dan dilakukan hanyalah untuk menakut-nakut dan mengadakan tekanan psikologi kepada DS Wan Azizah dan mereka sekaligus mengutuk perbuatan polis tersebut.

Mereka bersimpati dengan nasib Wan Azizah dan anak-anaknya yang masih bersekolah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis yang masih tidak serik melakukan pelbagai kezaliman.

Setakat ini, polis masih mendiamkan diri dan tidak berkemampuan untuk memberikan penjelasan tentang kekejaman yang berlaku ke atas diri Anwar semasa beliau ditahan dilokap Bukit Aman. Satu sumber menyebut, bahawa pada malam Anwar ditahan, beliau telah terus dibelasah dengan matanya ditutup dan tangannya digari dan kekejaman itu dikatakan dilakukan oleh Ketua Polis Negara sendiri kerana "geram" dengan DS Anwar.

Perdana Menteri menberi jaminan bahawa satu siasatan rapi akan dilakukan. Tetapi beberapa pihak mencurigai jaminan tersebut kerana awal-awal lagi Dr. Mahathir telah menuduh, kemungkinan keadaan teruk itu dilakukan sendiri oleh Anwar.

"Kemungkinan kes ini dilupakan atau Anwar akan dikatakan menumbuk dirinya sendiri, beberapa ketul kayu akan dibawa sebagai bukti atau beberapa polis akan dipaksa untuk mengaku bahawa kononnya Anwar melawan sewaktu soal-jawab," kata seorang peguam.

Sementara itu akhbar The Irish Times, Ireland, menyifatkan kekejaman polis ke atas Anwar sebagai satu titik hitam yang menconteng sejarah demokrasi yang berusi 41 tahun. Menurutnya, "yesterday's spectacle of the former deputy prime minister of Malaysia, Mr Anwar Ibrahim, appearing in court with a black eye and bruises after being beaten by police, marks a black day for Malaysia's 41-year-old democracy."