Make your own free website on Tripod.com

Mahathir Dakwa Anwar Memukul Dirinya Sendiri


Anwar Ibrahim Di Luar Mahkamah Petaling Jaya. Jelas kelihatan tanda lebam di mata kirinya

30 September, Perdana Menteri Malaysia mendakwa bekas timbalannya telah memukul dirinya sendiri dengan tujuan untuk menarik simpati rakyat. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa beliau dipukul dengan teruk semasa di dalam tahanan. Kenyataan Perdana Menteri itu telah disiarkan oleh Berita Tengahari TV3 serta beberapa media asing seperti BBC News.

Dato Seri Dr Mahathir menyatakan bahawa perkara itu masih dalam siasatan polis. Namun beliau turut menyatakan kemungkinan Anwar memukul dirinya sendiri bagi menagih simpati orang ramai. Kenyataan Dr Mahathir itu sudah tentu mengejutkan rakyat umum yang sama sekali menolak kemungkinan Anwar memukul dirinya sendiri sehingga mengalami kecederaan yang teruk.

Bagaimanapun Berita Perdana TV3 pada sebelah malamnya pula tidak menyiarkan kenyataan Dr Mahathir ini. Berita tersebut tidak disiarkan kerana dipercayai boleh menyerlahkan lagi tindakan Perdana Menteri yang cuba memperbodohkan rakyat. Kenyataan Dr Mahathir itu jelas cuba memperbodohkan rakyat yang kini sudah mula sedar tipu daya yang dilakukan oleh pemerintah sebelum ini.

Seorang penyokong Gerakan Reformasi menggesa supaya ditubuhkan pihak berkecuali seperti Majlis Peguam untuk menyiasat dakwaan Anwar tersebut. Beliau menyatakan,"Polis yang pukul, kemudian suruh polis siasat, mana boleh".