Analisa Politik Semasa

Kisah 1 Persoalan: Kemana perginya Rahim Noor

Kisah 2 Persoalan: Mahathir menyatakan Anwar mencederakan diri sendiri.

Kisah 3 The Clear and Present Danger

Kisah 4 Mahathir terdesak

Kisah 5 Tahanan ISA - satu pementasan drama dekad ini


Kisah 1


Persoalan: Kemana perginya Rahim Noor

Dalam kegawatan Rahim Noor pada minggu lalu, sudah 4 hari beliau menghilang diri. Sepi! Apakah yang telah berlaku? Apakah beliau letak jawatan? Dipecat? Atau diberi amaran keras! Ada juga yang menyebut beliau sakit tenat, lumpuh, Wallahu 'alam.

Apakah beliau yang dikaitkan sebagai salah seorang yang mendera Sdr. Anwar Ibrahim sedah rasa gentar? Siapakah yang memberi amaran kepadanya sehingga beliau gentar? Beliau sememangnya pengecut yang berkuasa ke atas orang yang lemah, yang digari, diikat, ditutup mata dan yang tidak bersenjata. Tidak ada darah perwira atau pahlawan pada diri Rahim Noor.

Rahim Noor merupakan seseorang yang tidak tahu bidang tugasnya. Sewaktu pemecatan Sdr. Anwar, beliaulah orang yang paling sibuk bercakap mengalahkan orang politik sedangkan beliau sebagai pegawai kerajaan perlu berkecuali. Apabila beliau perlu bercakap sesuatu dibawah pengawasannya, lidah beliau kelu dan bisu! Beliau masih belum menjawab mengapa Sdr. Anwar yang dibawah tahanan polis boleh dibelasah sedemikian rupa. Ternyata beliau lebih sesuai menjadi jurucakap pihak tertentu dari menjalankan tugasnya secara jujur dengan penuh tanggung-jawab.


Tunggulah Rahim Noor apabila bertemu buku dengan ruas! Tunggulah balasan di Hari Pembalasan di mana siksaan dari Allah itu amat pedih. Ingatlah, segeralah bertaubat agar dosamu dapat ditebus sewaktu kamu masih mempunyai kuasa. Bertaubat dalam keadaan tiada kuasa sudah tidak bererti lagi, banyak insan yang kamu perlu berjumpa bermohon maaf.

Kembali ke atas


Kisah 2

Persoalan: Mahathir menyatakan Anwar mencederakan diri sendiri.

Mahathir ini sememangnya orang yang kuat putar belit. Seseorang yang ditahan serta tidak tahu sama ada dia akan didakwa ke mahkamah serta tidak tahu tempoh penahanan akan berfikir sepuluh kali untuk mencederakan diri sendiri. Mereka arif bahawa penjagaan kesihatan adalah utama memandangkan tempoh penahanan yang tidak jelas penghujungnya serta tidak ada kepastian sama ada akan dibawa ke mahkamah untuk membela diri kerana penahanan ini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang boleh ditahan selama 60 hari dan seterusnya selama dua tahun dan seterusnya tanpa bicara. Inilah KEZALIMAN dan penyalahgunaan undang-undang yang ada.

Persoalan sekarang, mengapa mata Sdr. Anwar ditutup dan tangannya digari sewaktu dibelasah? Apakah anggota polis yang membelasah tidak cukup tegap sehingga memerlukan Sdr. Anwar digari kerana khuatiri Sdr Anwar akan bersilat? Atau orang yang membelasah itu sememangnya orang lembik yang identitinya perlu dirahsiakan?
Buat masa ini dua orang yang beriya-iya menunjukkan kebencian yang nyata kepada Sdr. Anwar secara tidak seimbang. Mereka ialah Mahathir dan Rahim Noor. Apakah mereka sendiri yang membelasah untuk melepaskan kepuasan hati mereka? Wallahu 'alam.

Dua hingga tiga hari selepas Anwar ditahan, menteri-menteri kabinet membisu seketika seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Ini seolah-olah mereka kesal perlakuan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi apabila diketahui oleh mereka. Tanda tanya ini terjawab dengan sendirinya apabila Sdr. Anwar dibawa dalam keadaan cedera ke mahkamah. Sdr. Anwar mendakwa bahawa beliau telah dibelasah pada malam beliau ditahan dengan kejamnya sehingga tidak sedarkan diri.

Kembali ke atas


Kisah 3

The Clear and Present Danger

Mahathir telah membuat pengumuman:

"Reformasi merupakan satu ancaman kepada kedudukannya dan mengisytiharkan ianya sebagai musuh utama yang perlu diperangi"

Saya bertanya kepada seorang rakan dalam satu perbualan;

"Mengapakah Mahathir begitu gentar dengan reformasi?"

Seorang rakan saya menjawab;

"Ini kerana beliau banyak melakukan kesalahan baik secara langsung ataupun terlibat secara tidak langsung dalam hampir kesemua jenayah politik dan masalah ekonomi negara. Beliaupun bertanggung jawab dengan permasalahan sosial dan juga isu murtad yang dibangkitkan."

Seorang lagi rakan menyampuk;

"Mahathir tersilap langkah dan sukar untuk berundur kembali selepas Sdr. Anwar mengeluarkan amanatnya yang dirakamkan apabila mahkamah menghukum Sukma dan Munawar Anes. Ia mendedahkan kejahatan Mahathir secara langsung. Ia juga mendedahkan secara tidak langsung kelemahan menteri kabinet serta pemimpin UMNO yang lain. Anwar begitu marah dan jijik dengan perbuatan Mahathir memalukan tokoh besar Dr. Munawar Anes yang banyak baktinya kepada Malaysia. Mahathir begitu marah dengan video tersebut kerana ditayangkan serata dunia."

Kawan lain menambah;

"Mahathir sekarang PM nobody. Dulu aku respect juga dia walaupun kita tahu dia ada banyak salah tetapi, this time is too much. Tak ada peri kemanusiaan langsung!"

Kembali ke atas


Kisah 4

Mahathir terdesak

1 Memandangkan tekanan bertambah kepada Mahathir sehingga terpaksa membawa Sdr. Anwar ke mahkamah untuk diadili maka ternyatalah beliau terdesak. Beliau tidak akan membawa Sdr. Anwar dalam keadaan cedera di khalayak ramai jika beliau tidak dipaksa. Pada sesi pertama Sdr. Anwar di mahkamah, mereka cuba melindungi Sdr. Anwar dari dilihat umum dalam keadaan sebegitu. Sebab itu cara beliau dibawa masuk ke mahkamah adalah dengan cara yang pantas dan sukar diambil gambar.

Dalam usaha menutup ketidakadilan mahkamah yang dikongkong Mahathir, beliau menyatakan Sdr. Anwar diberi peluang di mahkamah untuk menyatakan mengapa beliau cedera. Tahukah anda bahawa peguambela terpaksa berhujah selama dua jam, dua jam untuk meyakinkan hakim dengan dibantah oleh peguamcara untuk membenarkan soalan mengapa Sdr. Anwar dalam keadaan yang menyedihkan serta membenarkan beliau menjawab soalan tersebut.

Ternyata, peguamcara tidak jujur dan bersekongkol. Ternyata ada orang risau seandainya Sdr. Anwar dibenarkan memaklumkan di mahkamah bahawa beliau dicederakan, ini akan memalukan Pasukan Polis dan Menteri dalam Negeri. Seorang bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia boleh diperlakukan sedemikian rupa oleh agensi kerajaan yang sepatutnya bertanggung-jawab menegakkan keadilan dan mempertahankan rakyat. Apa jenis orang yang menjadi ketua polis negara!

2 Sekarang beliau berbicara tentang perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang kira-kira 3 minggu yang lalu beliau dengan penuh yakin menyatakan tidak perlu. Apakah beliau sedang memikirkan untuk meletakkan jawatan dan cabut lari? Sudah habis ke wang KWSP dan Petronas dikeluarkan?

Saya merasakan bahawa dalam percaturan politik Mahathir, beliau akur, tekanan terlalu kuat dan beliau perlu memikirkan sesuatu termasuk meletak jawatan serta menghilangkan diri bersama kuncu-kuncunya setelah kekayaan negara disapunya.

Siapakah yang bakal pengganti? Mahathir berkehendakkan seseorang yang bersih akhlaknya, bersih peribadinya dan mampu menjalankan tugas memelihara kepentingannya.
Beberapa nama disebutkan termasuk Najib, Pak Lah,Tg. Razaleigh, Sanusi, Ghaffar, Rahim Thamby Chik, Megat Junid, Mustafa Mohamed, Syed Hamid dan nama Rafidah turut disebutkan. Persoalanya, bersihkah nama-nama yang di atas? Ataupun skandal dan kesalahan masih-masih perlu didedahkan semula setelah terbenam beberapa tahun.

Apakah dengan melantik Perdana Menteri Baru rakyat akan terima dengan senang hati dengan masalah utama iaitu kebenaran dan keadilan masih belum ditegakkan? Rakyat tidak akan lupa bahawa Sdr. Anwar masih ditahan bawah ISA, difitnah serta diaibkan sedemikian rupa, rakyat yang berkumpul secara aman dibelasah lebih teruk dari haiwan. Rakyat menuntut REFORMASI!

Kembali ke atas

Kisah 5

Tahanan ISA - satu pementasan drama dekad ini

1 Satu demi satu tahanan ISA dibebaskan. Tapi apa yang menarik ialah setiap bekas tahanan ISA ini memuji pihak polis dengan tiga pujian yang piawai. Pertamanya, mereka dilayan dengan baik dalam serba serbi. Polis seorang-olah macam pembantu rumah menyediakan mereka kesemuanya dan makan pun percuma. Kedua, polis bertindak cukup professional dalam tugas mereka. Professional ini boleh berbagai-bagai ala, ala Gestapo, ala Mossad, ala KGB atau ala CIA. Ketiga, meraka tidak menyokong Reformasi. Pemimpin-pemimpin ini yang pada awalnya bersama Reformasi atau pun melaksanakan program yang menyokong Reformasi ( Program Bengkel Gejala Fitnah di Pusat Latihan ABIM) sudah berubah kenyataan dengan menyatakan mereka tidak terlibat serta tidak menyokong Reformasi yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi saya, ada sesuatu yang tak kena disini. Dan bagi Datuk Ahmad Zahid pula, dia secara sukarela meletak jawatan dan akan menjelajah untuk memberi penerangan kepada ahli UMNO berkaitan dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang telah meletakkan jawatan Ketua Pemuda UMNO akan membuat 'roadshow' penerangan atas jawatan apa? Adakah jawatan itu seperti jawatan Gaffar Baba? Jika beliau benar-benar sudah berubah dan menyokong Mahathir, mengapa beliau perlu letak jawatan?

Terlalu sukar untuk memahami isi hati dan perasaan bekas tahanan ISA yang dibebaskan. Apakah itu kenyataan mereka ataupun diada-adakan oleh pihak polis dan akhbar kerana kenyataan yang hampir serupa? Apakah mereka telah di cuci fikiran mereka (brainwashed)? Apakah mereka diugut? Ugutan bukan saja melibatkan diri mereka tetapi juga keluarga dan orang yang rapat dengan mereka!

Perancanaan pihak Mahathir untuk mengekalkan pemerintahannya jelas:

1. Mengwujudkan ketidakyakinan akan Sdr. Anwar dibelasah sewaktu dalam tahanan dengan membuat bekas tahan ISA menyatakan mereka dilayan dengan baik dan professional. Ini secara tidak langsung akan menjatuhkan kredibiliti Sdr. Anwar di kaca mata rakyat. Ini adalah sebahagian dari tindakan memutar-belit fakta olehnya.

2. Membuat tindak-balas yang sistemetik dengan menjadikan berita sebagai khabar angin yang palsu. Ini termasuk kes TKPN, Najib dan Abdullah Ahmad Badawi. Mereka tenggelam membisu seketika seolah-olah mereka lenyap dari mukabumi ini (seperti yang berlaku kepada Rahim Noor sekarang ini). Apabila mereka timbul nada mereka akan berubah bagaikan seseorang yang baru lahir dengan wajah yang lesu.Walaubagaimana pun senyapnya Rahim Noor yang lantang bersuara menghina Sdr. Anwar menjadi satu tandatanya.

3. Menggunakan khidmat perisikan negara. Sekurang-kurangnya dua kaedah dilaksanakan; Pertama, mengambil maklumat dari pemerhatian awam, rakaman perbualan telefon, tahanan termasuk tahanan ISA dan sebagainya. Kedua, memberikan maklumat palsu kepada umum agar timbul kegawatan, penyebaran berita palsu oleh agen untuk menjadikan bahan laman web setakat fitnah yang mudah dipatahkan, mengwujudkan satu keadaan tertekan dikalangan penyokong REFORMASI, memberikan gambaran sokongan yang luar biasakepada Mahathir dan sebagainya.

4. Pemusnahan ke akar umbi. Proses memusnahkan penyokong Sdr. Anwar dikalangan pemimpin UMNO dan ahli UMNO sedang giat dijalankan. Mereka yang sokongannya kepada Mahathir diragukan akan disenarai hitamkan untuk penghapusan denga apa jua cara. Mereka tidak memerlukan waktu pemilihan ketua cawangan pada tahun hadapan. Mereka akan menggunakan beberapa cara termasuk tindakan disiplin parti, ugutan dengan kesalahan lama, ugutan fizikal kepada diri serta keluarga, ugutan fitnah yang akan mengaibkan seperti yang berlaku kepada Sdr. Anwar, ugutan jenayah dan ISA. Di Melaka proses untuk menjatuhkan Ketua Menteri Melaka sedang berjalan dengan Rahim Thambi Chik sebagai dalang utamanya.

5. Mengwujudkan suasana ugutan. Kes penculikan anak Tan Sri Muhammad Taib menjadi satu tanda tanya. Mengapa anak Tan Sri Muhammad Taib? Mengapa tidak anak jutawan yang lebih besar yang mana anak mereka lebih mudah diculik seperti yang menuntut di kolej swasta dengan tidak memerlukan drama 'himpitan kereta'. Siapakah penculik itu? Melayu? Cina? India? dan apakah mereka tidak bernama! Apakah mereka tidak bermuka? Lazimnya terpampang di akhbar dan television identiti penjenayah-penjenayah yang berjaya ditumpaskan. Seorang penjenayah yang terlepas itu, bagaimana beliau boleh terlepas dari kepongan. Apa ini satu lagi kes 'setup' seperti yang dilakukan kepada perompak bank di Sabah beberapa tahun dahulu? Salah seorang penjenayah adalah agen polis yang menyamar dan berusaha mendorong penjenayah ini melakukan satu jenayah besar agar mereka dapat ditumpaskan serta dihapuskan dan ini menjadi satu berita dengan mesej tertentu!

Apakah insiden sedemikian boleh berlaku kepada bekas tahanan ISA dan keluarga mereka jika mereka tidak akur dengan pihak pemerintah. Tindakan ala mafia, ala CIA atau penjenayahan korporat ala barat ditiru oleh beberapa pemimpin negara untuk memeras ugut serta menakut-nakutkan saingan politik mereka. Malaysia sekarang ini bergerak ke arah satu dimensi baru sistem pemerintahan di mana 'politik dan penjenayahan korporat' diperkenalkan. Merekalah yang bakal menentu siapa yang akan memerintah serta bagaimana cara untuk memerintah dan mereka akan menghapuskan saingan mereka dengan apa jua cara. Era politik wang sudah berakhir dengan timbulnya era baru ini. Era diperingkat permulaan ini perlu kita hapuskan dengan suara rakyat sebelum ia bertapak dengan lebih kukuh melalui REFORMASI!

Kembali ke atas