Berhati-hati Dengan Amaran Mahathir
 
Adalah jelas Mahathir Mohamad masih berkeinginan untuk menipu rakyat negara ini, dan kemudian memasuki perangkap yang dirancangnya. Tuduhannya menyatakan bahawa terdapat kumpulan yang sedang merancang "kekacauan" di dalam negara ini hendaklah diambil secara serius dimana dengan amaran itu, beliaulah sebenarnya yang ingin menimbulkan kekacauan yang akan "mengizinkan" beliau untuk bertindak lebih ganas dan lebih zalim ke atas sesiapa juga yang tidak tunduk dengan ketundukan yang mutlak. Dia sebenar-benarnya seorang yang nyanyok dan sakit tenat, dan akal fikirannya kini sudah rosak. Dia amat mengharapkan seluruh rakyat datang menyambutnya dan menjerit kemudian "hidup Mahathir!!!"  Dia Peminum Arak

Telah menjadi satu tabiat Mahathir untuk lari ke luar negara apabila dia menghadapi masalah di dalam negara. Dia akan ke Tokyo Khamis ini dan telah memberikan arahan-arahan yang tertentu kepada ketua-ketua jentera kerajaan dan menteri-menteri kabinet terpilih tentang apa tindakan yang perlu diambil dan bagaimana untuk menhadapi demonstrasi-demonstrasi oleh mereka yang tidak dapat menerima beliau. Dia sedar dan tahu bahawa tidak terdapat sedikit hajat pun di kalangan mereka yang berdemonstrasi untuk menimbulkan kekacauan. Mereka adalah golongan yang berdisiplin dan rakyat yang cintakan keamanan yang meminta kembali hak-hak asasi mereka dan kebebasan yang merupakan harga diri setiap insan. Mungkin ada diantara kita yang masih ingat dengan tragedi Baling, Memali. Arahan untuk menggempur dan membunuh ditandatangani oleh Mahathir sendiri, namun pada ketika itu, Mahathir sendiri berada di China. Dengan cara itu, beliau terselamat dari sebarang tuduhan.

Marilah kita semua berharap agar tragedi tersebut tidak berulang. Sabtu ini akan berulang lagi satu demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur oleh pejuang-pejuang yang berdisiplin yang cintakan kedamaian dan bencikan kezaliman, di dalam cara dan bentuk yang teratur dan tersusun. Namun, jangan sama sekali tidak percaya bahawa kemungkinan polis menjadi lebih agresif dan ganas semasa menghadapi orang ramai dan ramai lagi yang tidak bersalah akan ditahan. Mereka (polis) mungkin telah diarahkan untuk menggunakan setiap inci kesempatan untuk mewujudkan situasi kekacauan. Mahathir kemudian diminta untuk pulang awal, dan akan meminta Agong mengisytiharkan Darurat. Kerajaan sejenis diktator akan dibentuk diketuai oleh Mahathir. Jika ini terjadi, berkuburlah masa depan demokrasi, kebebasan awam, hak-hak asasi, kebebasan bersuara dan akhbar. Harap beri perhatian bahawa kekejaman dan kezaliman Mahathir perlu kita perhitungkan.

Adalah sayu untuk melihat bahawa inilah kali pertama negara ini yang berbilang bangsa, warna dan ugama sedar dan mempunyai satu hasrat yang dikongsi bersama, bahawa adalah satu yang bijak dan menguntungkan untuk memerangi kezaliman Mahathir dan pengorbanan serta keperitan Anwar telah membawa kepada kesedaran ini.