Make your own free website on Tripod.com

Singkir Peguam Yang Tak Bermaruah


KUALA LUMPUR, Oktt 3 - Kenyataan dua orang peguam kononnya Munawar dan Sukma tidak membuat sebarang penarikan balik pengakuan bersalah serta rayuan terhadap hukuman 6 bulan penjara dilihat oleh banyak pihak sebagai tindakan yang tidak bermaruah .

Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, 37, and Munawar Ahmad Anees, 51, telah mengemukakan rayuan di mahkamah Tinggi pada hari Selasa, hari di mana Anwar di bawa ke mahkamah untuk pertama kali.

Rayuan Sukma difailkan oleh peguam Gobind Singh Deo dan Munawar diwakili oleh Balwant Singh dan Manjeet Singh.

Mohamed Yaacob Karim dan Mohamed Noor Don, dua orang peguam "yang dilantik oleh polis" untuk membela Munawar dan Sukma menafikan pemfailan berkenaan dan menyatakan bahawa Murawar tidak menandatangani apa-apa dokumen.

Orang ramai mempertikaikan perlantikan kedua-dua peguam berkenaan oleh polis dan mempersoalkan motif sebenar polis melantik kedua-dua peguam berkenaan untuk membela Munawar dan Sukma. Kedua-dua peguam berkenaan telah melacuri profesyen guaman mereka dengan menerima "arahan-arahan" polis untuk membuat pengakuan terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan ke atas Munawar dan Sukma.

Polis dipercayai bertindak demikian di atas arahan PM untuk menguatkan tuduhan  yang dihadapkan kepada DS Anwar.

Isteri dan keluarga Munawar kini tertekan kerana didatangi oleh pihak polis yang cuba memaksa mereka untuk tidak melantik Gobind Singh, Balwant Singh dan Manjeet Singh sebagai peguam Munawar. 

Sehubungan dengan itu, rakyat mengutuk keras tindakan polis melantik Yaakob dan Mohamad Nor sebagai peguam-peguam Munawar dan Sukma tanpa memperdulikan keluarga mereka. 

Majlis Peguam (Bar Council) diminta mengambil tindakan ke atas salahlaku Yaakob dan Mohamad Nor, seperti memecat keahlian mereka kerana jelas perbuatan buruk mereka yang bersekongkol dengan polis untuk memaksa Munawar dan Sukma mengaku bersalah dan  menghalang peguam-peguam yang dilantik oleh keluarga Munawar dan Sukma.

Seorang jurucakap peguam berkata untuk sementara ini rakyat juga diminta untuk tidak membuat apa-apa urusan dengan Yaakob dan Mohamed Nor.