Make your own free website on Tripod.com

BERITA TERKINI

Polis telah menahan 9 orang yang terlibat di dalam perhimpanan reformasi di KL hari ini. 6 trak polis telah digunakan untuk meleraikan perhimpunan 10,000 orang dan polis telah menggunakan pancutan air kimia kepada orang ramai.

 

Beribu - ribu Tunjuk Perasaan di KL

KUALA LUMPUR, Okt 10 (AFP) - Beribu-ribu rakyat Malaysia tidak memperdulikan amaran polis dan berhimpun di ibukota di dalam satu tunjuk perasaan dan bantahan terhadap kerajaan dan menunjukkan sokongan lantang kepada bekas Tim. Perdana Menteri yang ditahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penunjuk-penunjuk perasaan tersebut melaungkan "Reformasi", beratur 3 km sepanjang laluan Jalan Tunku Abdul Rahman, membawa beratus-ratus gambar bekas Tim. Perdana Menteri tersebut dan membawa sepanduk-sepanduk kadbod bertulis "Bebaskan Anwar" dan Hidup Anwar".

Lebih dari 10,000 orang, kebanyakannya berbangsa Melayu, telah beratur di sepanjang jalan pada awal petang, kedengaran beberapa kumpulan menyanyikan lagu patriotik "Barisan Kita" yang biasanya dnyanyikan oleh perajurit Malaysia semasa pergi ke medan perang

Yang lain terus menunjukkan penentangan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang memecat Anwar pada 2 September lalu dengan pelbagai tuduhan rahsuah dan seks luar tabii.

Kedai-kedai ditutup di kawasan tersebut meskipun perniagaan pasar malam minggu setiap Sabtu di kawasan tersebut berjalan seperti biasa.

Seramai 30 orang anggota polis mengawal keadaan dan tiada tanda-tanda pertempuran dan lalulintas berjalan biasa, dengan beberapa kereta membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan dan simpati kepada penunjuk-penunjuk perasaan tersebut.

Pada satu ketika, mereka menyerbu merebut berpuluh-puluh kaset ucapan Anwar yang dicampakkan oleh seorang penunggang motosikal kepada orang ramai.

Seramai 30 orang anggota polis mengawal keadaan dan tiada tanda-tanda pertempuran dan lalulintas berjalan biasa, dengan beberapa kereta membunyikan hon masing-masing sebagai tanda sokongan dan simpati kepada penunjuk-penunjuk perasaan tersebut.

Pada satu ketika, mereka menyerbu merebut berpuluh-puluh kaset ucapan Anwar yang dicampakkan oleh seorang penunggang motosikal kepada orang ramai.

Pada hari Jumaat, polis di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang memberi amaran kepada orangramai supaya jangan hadir di perhimpunan haram dan menyatakan bahawa mereka akan bertindak keras kepada sesiapa yang ingkar termasuk peniaga-peniaga dan pekedai-pekedai.

"Kami mengambil langkah-langkah untuk mempastikan tiada perhimpunan haram dan sesiapa yang menentang arahan ini akan diambil tindakan sesuai dengan undang-undang," kata Timbalan Ketua Polis Negara. Norian Mai .

Tidak jelas siapa sebenarnya yang menganjurkan perhimpunan kali ini namun seolah-olah terdapat satu gaya pengawalan, dengan beberapa orang meminta orang ramai supaya berada di atas pejalan kaki.

Berikutan dengan penangkapan Anwar pada 20 September 20, polis telah memberi amaran tentang perhimpunan haram - yang didedinasikan sebagai berkumpul lebih dari empat orang.

"Meskipun ada amaran itu orang tetap datang juga. Kerajaan telah hilang kredibilitnya.," kata seorang suri rumah tangga berumur 40an yang enggan menyebut namanya.

"Dan walaupun perhimpunan ini tidak berapa tersusun namun orang ramai telah mula lebih berani. Ini satu perubahan besar. Kita belum pernah temui perkara sebegini sebelum ini dan melihat budaya Melayu menjadi terlalu aggresif," tambah beliau.

"Kami tidak takut menyertai perhimpunan ini. Kita tak akan takut jika berada di kumpulan yang besar. Ia hanya satu luahan lisan rasa tidak puashati dan kekecewaan."

Seorang pegawai yang berumur 20an menyatakan bahawa orang ramai sudah tidak dapat menerima pembohongan yang dilakukan oleh Mahathir dan kabinetnya.

"Mahathir telah kekeringan idea. Kita tidak boleh menerima arahan-arahannya lagi. Ini satu bentuk penindasan," tambah beliau. "Kesemua khazanah negara diberikan kepada anak-anak dan pengampu-pengampunya. Rakyat Malaysia telah ditipu dan diperdaya. Kami benci kerajaan dan kepimpinan Mahathir."