DALIL-DALIL MENGAPA
TAN SRI RAHIM MD. NOR MESTI LETAK JAWATAN

(Seandainya beliau tidak meletakkan jawatan: mulai saat ini, kami meminta semua rakyat Malaysia jangan lagi memberikan kerjasama kepada Polis - biarkan semua rompakan, pergaduhan, kebakaran, dadah dan sebagainya - biarkan polis menyelesaikannya tanpa bantuan orangramai)


 





1) Menjadi boneka PM

Di sepanjang timbulnya isu Anwar, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim telah bertindak secara tidak professional dimana beliau telah dari awal membuat kenyataan-kenyataan yang menyerang Anwar sama seperti DS Mahathir. Ini bererti KPN telah bertindak pilih kasih dan jelas berpihak kepada Mahathir meskipun Anwar belum bersalah malah belum dihadapkan ke mahkamah.

2) Kes Datok Nalla

Peluru ditemui di rumah Datok Nalla dimana keluarga Datok Nalla sendiri tidak mengetahui akan kewujudan peluru-peluru berkenaan. Ramai percaya bahawa peluru tersebut diletakkan oleh anggota polis sendiri semata-mata untuk menahan Datok Nalla di bawah ISA dan kemudian memaksa Datok Nalla untuk membuat pelbagai pengakuan.

3) Pengakuan Datok Nalla

Jelas bahawa POLIS telah menggunakan kekerasan dan ugutan supaya Datok Nalla menandatangai afidavit yang beliau sendiri tidak tahu dan polis bertindak demikian semata-mata untuk mengaibkan DS  Anwar di atas arahan DS Mahathir. Datok Nalla melalui peguamnya telah menafikan kesemua afidavit tersebut dan  polis bertanggungjawab untuk menjelaskan mengapa mereka memaksa Datok Nalla! Polis telah melakukan kerja yang paling hina dan imej polis kini berada di dalam tong najis layaknya angkara arahan KPN.

4) Buku 50 Dalil

Di dalam siasatan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM, jelas pihak polis tidak menjalankan siasatan, sebaliknya menggunakan buku tersebut sebagai asas untuk mentohmah Anwar dengan pelbagai tohmahan dan memaksa watak-watak tertentu untuk "mengaku" kononnya cereka berkenaan sebagai benar. Jelas, polis mengkhianati prinsip keadilan.

5) Pemandu diugut

Melalui pengakuan pemandu-pemandu, adalah menjadi satu fakta yang jelas kini bahawa Pemandu Datok Nalla dan Anwar diugut oleh polis untuk membuat pengakuan. Kalau benar professional, mengapa polis perlu membuat ugutan?

6) Tuduhan Liwat

Tuduhan ini sengaja diada-adakan oleh KPN atas arahan PM. Kedua-dua warganegara asing telah diketahui dipaksa dengan cara yang paling hina supaya mereka membuat pengakuan  untuk mengaibkan DS Anwar. Kalau benar mereka berpengakuan ikhlas, mengapa mereka tidak dibenarkan diwakili oleh peguam masing-masing dan tidak dibenarkan menemui keluarga? Konspirasi polis yang jahat dan hina ini pasti akan menerima balasan Tuhan.

7) Lakonan Polis

Polis sengaja menyarongkan kepala Sukma dengan kain hitam sewaktu dihadapkan ke mahkamah kononnya, begitu caranya pesalah-pesalah lain lakukan. Sukma tidak dapat berbuat apa-apa kerana digari tangannya dan anggota polis dengan kasar mengheret Sukma. Sukma umpama pesalah jenayah yang membawa hukuman gantung!

8) Ugutan Kepada Anwar

KPN telah berulangkali membuat ugutan kepada DS Anwar sebelum beliau ditangkap meskipun beliau sebelum ini dikatakan dibenarkan mempertahankan diri. KPN menuduh DS Anwar melampau kerana DS Anwar menyamakan Polis sebagai anggota Mossad Israel, sedangkan beliau mengetahui hakikat sebenarnya begitu.

9) Anggota Polis yang memulakan rusuhan

Perhimpunan secara aman di Dataran Merdeka tidak akan menimbulkan sebarang kekacauan seandainya polis tidak bertindak kasar kepada orang ramai. Pihak polis telah memukul, menyepak dan menumbuk orang ramai dan pihak polis sendiri yang memulakan kekacauan.

10) Penangkapan Anwar

Polis dengan sengaja menyerbu dan memecahkan rumah Anwar meskipun tahu bahawa Anwar boleh ditahan dengan baik. Polis berlagak seperti "lanun" atas arahan KPN dan tiada waran yang dapat ditunjukkan sewaktu penyerbuan dan penggelidahan tersebut. Polis bertindak di atas arahan PM kerana Anwar dijadualkan ke Kubang Pasu (kawasan PM) selepas Dataran merdeka.
Polis terlalu zalim dan kejam sezalim dan sekejam PM, Mahathir Mohammad.

11) Menyita Rumah DS Anwar

Polis menyita rumah DS Anwar tatkala Wan Azizah tiada dirumahnya. Satu tindakan bacul oleh pihak polis untuk mengugut rakyat daripada menziarahi isteri bekas TPM dan anak-anaknya dan polis perlu bertanggungjawab di atas apa jua kemungkinan yang berlaku kepada isteri dan anak-anak DS Anwar.

12) Sikap Munafik

Tan Sri Rahim M.Nor tatkala menafikan tuduhan bahawa DS Anwar mungkin disuntik dengan HIV menyatakan bahawa kalau polis melakukan hal yang berkenaan hancurlah negara. Sedangkan orang ramai mengetahui akan kezaliman polis selama ini, peristiwa pembunuhan pendatang asing dengan gambar-gambar Polis Malaysia yang menembak mereka adalah justifikasinya yang polis cuba menyembunyikannya.

13) Azmin, isteri dan anaknya

KPN sendiri telah memaklumkan bahawa adalah sah bahawa Azmin dan isterinya adalah ayah dan ibu kepada anak yang dituduh sebagai anah luar nikah Anwar melalui ujian DNA yang dilakukan. Tetapi terdapat satu permohonan di mahkamah utk dilanjutkan penahanan Azmin di atas alasan untuk melakukan ujian darah sekali lagi dengan alasan sampel darah yang dahulu telah tercemar. Polis sengaja membuat tekanan sedemikian kerana KPN telah terlepas cakap dengan mendedahkan kebenaran bahawa anak itu anak Azmin dan oleh ujian DNA hendak diadakan sekali lagi supaya keputusannya hendak dinyatakan bahawa ia bukan anak Azmin?

14) Kenyataan Haniff Omar

KPN terus diliwat dengan membenarkan Haniff Omar, bekas KPN untuk membuat kenyataan kononnya telah mengadu kisah Anwar kepada PM semenjak 1993. Haniff Omar - seorang peminum arak yang kuat dan yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan di Memali - dapatkah dipercayai kata-katanya? Rahim mewarisi ciri-ciri bekas KPN tersebut.
 

Cukuplah  KPN! Bertaubatlah, seluruh rakyat Malaysia, dengan barisan ulamak yang ramai, memohon agar Allah memberikan pengajaran kepadamu, dan selagi engkau tidak bertaubat, engkau adalah manusia paling hina di Malaysia ini selepas PM, dan semuga ke atasmu bala bencana Tuhan tak terperi dasyatnya. Selagi engkau tidak memohon maaf dan menghentikan segala perbuatan mu, ku pohon agar lidahmu akan dikelukan nanti dan  tidak dapat mengucap 2 kalimah syahadah pada waktu mati mu. Ku pohon juga agar engkau dicampakkan ke neraka paling panas sebagai pencuci dosa mu lantaran mengkhianati tanggungjawabmu. Demi Allah, kami tidak bermain-main dengan doa ini. Terimalah Ya ALlah, AMIN YA BABBAL-ALAMIN.