Tujuh Keterangan bahawa Anwar TIDAK BERSALAH!!!

Jika kita amati keterangan-keterangan di bawah in ternyata jelas Anwar tidak bersalah!! Sila baca dan renungkan dengan ikhlas!!

1. Saudara Anwar telah diberi 2 pilihan iaitu samada berhenti secara hormat ( dan semestinya diberi ganjaran yang setimpal seperti apa yang berlaku kepada ahli-ahli politik yang terdahulu yang disuruh berhenti seperti Musa Hitam, Rahim Thamby Chik) atau dipecat dan terima padahnya.

Anwar telah memilih jalan kedua iaitu beliau rela dipecat dari bersekongkol dengan mereka yang taghut! Mengapa beliau pilih jalan yang susah? Jalan yang penuh ranjau yang tidak tentu akhirnya? Kenapa beliau sanggup mengorbankan segalanya termasuk isteri dan anak-anak tersayang?

Jika beliau memang bersalah sudah pasti beliau memilih jalan pertama tanpa bersusah payah merengkok di dalam jel dan sekaligus dapat menutup segala ‘kesalahannya’. Anwar telah pilih jalan kedua kerana beliau TIDAK BERSALAH dan beliau tidak sanggup lagi membiarkan PM dan kuncu-kuncunya bermaharajalela!!! Inilah semangat juang yang ada pada beliau yang saya rasa kurang terdapat pada pemimpin-pemimpin kita yang lain sekarang!!!

2. Jika Anwar bersalah kenapa mesti PM sekat segala media cetak, media elektronik dan hanya menyiarkan berita berat sebelah, berita palsu dan berita yang mengelirukan rakyat semua??? Rakyat semua tahu PM cuba membohongi rakyat dengan taktik kotor ini!! Jika Anwar memang bersalah kenapa perlu PM takut ;biarkan sahaja kebenaran menyerlah di akhbar, television dan radio!Biarkan sahaja kebenaran didedahkan kepada rakyat tanpa perlu sekatan akhbar!!! Tetapi PM terus mencengkam semua media massa sehingga rakyat merasa meluat untuk membaca akhbar tempatan sekarang!! Jawapannya ialah ANWAR TIDAK BERSALAH!!! PM terpaksa sogok rakyat biasa dengan berbagai fitnah setiap hari kerana takut kebenaran teserlah! PM cuba racuni fikiran rakyat dengan berbagai helah dan putar-belit saban hari kerana takut rakyat insaf tentang perkara sebenar iaitu ANWAR TIDAK BERSALAH!!!

3. Kenapa mesti Anwar dipukul semasa dalam tahanan? Jika memang PM sudah mempunyai bukti kukuh tentang moral Anwar kenapa perlu menyiksa Anwar sedemikian rupa?? Jika Anwar memang bersalah kenapa mesti PM bersusah payah menyuruh Anwar dipukul? Jika beliau bersalah biar saja mahkamah membuktikannya . Kenapa perlu dipukul –pukul lagi??

Jawapannya ialah Anwar dipukul kerana berkeras tidak mahu bekerjasama . Mungkin Anwar disuruh saja mengaku bersalah (selepas itu beliaudijanjikan kesitimewaan dsbnya); mungkin juga beliau diugut tetapi tetap tidak mahu bekerjasama. Apalagi jika orang yang ditahan berkeras-kepala semestinya orang yang menahannya naik angin dan belasah mengikut hawa nafsu marahnya!!! Renungkanlah saudara sekelian! Tindak-tanduk ganas ini sudah cukup bukti bahwa Anwar TIDAK BERSALAH!!!

4. Menuduh Dr. Munawar Anees membenarkan Anwar meliwatnya adalah satu lagi bukti Anwar TIDAK BERSALAH!!

Dr. Munawar adalah seorang Islamic Scholar yang terkenal di AS. Beliau adalah editor bagi Islamic Periodica, sebuah journal khas tentang ilmu-ilmu pengajian Islam. PM tahu rakyat Malaysia memang kurang membaca journal sedemikian dan kurang terdedah kepada tokoh-tokoh Islam mutakhir ini (hasil dari sistem sekularisasi yang beliau anjurkan selama ini) Adalah tidak boleh diterima dek akal langsung mengapa seorang tokoh berkaliber seperti beliau harus takut kepada Anwar dan membiarkan dirinya diliwat??? Jelas sekali ini adalah fitnah semata-mata dan sememangnya Anwar TIDAK BERSALAH!!!

5. Jika Anwar bersalah, kenapa para ulama’ bebas memberi sokongan padu kepada beliau!! Ust. Harun Din memang terang-terang menyatakan Anwar difitnah dan tidak bersalah.Ust. Yusuf Al-Qardhawi seorang ulama’ terkenal dengan fatwa-fatwa beliau dizaman ini telah menyatakan ini adalah satu ujian bagi Anwar dan umat Islam keseluruhannya!Beliau telah memberi sokongan kepada sebarang bentuk tindakan untuk membenteras gejala-gejala fitnah memfitnah yang dilempar kepada Anwar.Jika ulama’ muktabar sendiri percaya bahwa Anwar TIDAK BERSALAH mengapa kita insan yang dhaif harus ragu-ragu lagi!!

6. Pemimpin–pemimpin negara-negara asing, pertubuhan Islam serta dunia, badan-badan dunia seperti IMF, UNESCO dsbnya telah menyuarakan ketidakpuasan mereka tentang kes Anwar; jelas dan nyata mereka dapat ‘bau’ sesuatu yang tidak kena! Tetapi yang sungguh menyedihkan ada di antara rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli politik yang mungkin sudah hilang segala deria melihat, hidu, dengar dan rasa sehingga sanggup mengiyakan segala fitnah yang dilemparkan! Mengapakah terdapat sokongan antarabangsa terhadap kes Anwar?? Sudah tentu kerana mereka yakin Anwar TIDAK BERSALAH!!!

 

7. Akhlak Anwar berbanding dengan pemimpin –pemimpin Malaysia yang lain jelas berbeza!!! Pernahkah kita dengar beliau ditangkap khalwat sebelum ini?? Menteri-menteri yang lain tidak sunyi dari skandal seks yang dapat ditutup dengan secepat kilat!!(namun umum tetap tahu!) Pernahkan kita dengar Anwar pergi berjudi baik di dalam maupun di luar negara?? Umum juga tahu ramai menteri melayu kita kaki judi !! Pernahkan kita dengar Anwar berpeleseran di pub-pub minum arak? Umum ramai yang

tahu di kalangan menteri melayu kita ada juga yang kaki minum!! Akhlak mulia Anwar juga terpancar dalam keluarganya dimana isterinya berlemah –lembut; anak-anak bersopan-santun; di suatu ketika saya ternampak Wan Azizah mencium tangan suaminya sebelum beliau menghadiri sesuatu mesyuarat.

Jika difikir dalam-dalam apakah patut kita melemparkan fitnah sedemikian rupa terhadap seseorang yang akhlaknya (MORAL) mulia sehingga dapat mendidik isteri serta anak-anak menjadi insan yang sabar dan gigih menepuh segala dugaan sekarang!! Sesungguhnya PM telah tersilap langkah membawa isu moral sebagai agenda utamanya kerana moral (akhlak) Anwar sejak dulu lagi berbanding dengan menteri lain memang bagai langit dengan bumi dan sesungguhnya Anwar TIDAK BERSALAH!!!

Wahai saudara Islamku sekelian, janganlah kita jadi orang yang buta hati sehingga tidak dapat berfikir mencari kebenaran! Bukalah mata mu dan buatlah analisis bijak; jangan terima segala putar belit ahli politik kita membabi–buta! Jangan jadi kaki ‘angguk’ sahaja!Janganlah jadi kaki ampu/bodek seperti Isa Samad, Sanusi Junid, Ghafar dllnya. Mereka ini seakan-akan sudah tiada segan-silu membohongi rakyat dengan bermotifkan politik! Mereka sanggup mengiyakan fitnah PM dengan harapan untuk mencapai cita-cita politik mereka! Mereka memegang sikap ‘apa aku peduli tentang Anwar? Biarlah dia lungkup! Janji aku sokong PM dan disukainya!Untung-untung pemilihan UMNO tahun depan aku naik!! Adakah kita terus mahu di pimpin oleh orang-orang yang bacul, tidak bermaruah, kaki ampu seperti mereka ini semua??? TIDAK!!!!!

Saudara Islamku, kita harus bertindak segera! Pasangkan tekad di dalam hati masing-masing untuk menerangkan perkara yang benar kepada sahabat kita yang lain.Sebarkan maklumat yang benar dan hapuskan segala fitnah. Berikan kesedaran kepada orang ramai tentang kebenaran.Insyallah kita akan berjaya!

"Ya Allah ya tuhan ku, kau jatuhkanlah Mahathir serta kuncu-kuncunya dan kau dedahkanlah segala kezaliman mereka terhadap rakyat Malaysia! Ya Allah berilah kekuatan dan kejayaan kepada saudara Anwar dan kami yang dizalimi! AMIN YA RABBUL ‘ALAMIN!!!"

 

Oleh Serikandi Siber