APA PATUT KITA BUAT SEKIRANYA KITA DITAHAN.
(PESANAN PENTING UNTUK SAHABAT REFORMASI / GERAK
)

 

1.APA MAKNA KITA DITAHAN? Penahanan oleh pihak polis hanya akan berlaku bila ...

  1. Polis menyebut, "Awak ditahan", (You are under arrest)
  2. Polis menggari anda.
  3. Anda dilarang dari meninggalkan bilik/dikepung dsb.

2.BAGAIMANA SEKIRANYA KITA DISURUH BERHENTI OLEH POLIS, SAMADA KETIKA BERJALAN KAKI, MEMANDU DLL.

  1. Kita mungkin akan disoal. BERIKAN maklumat yang asas sahaja, iaitu nama, nombor i/c , alamat. Mungkin polis akan suruh kita tunjuk i/c, maka kita perlu tunjukkan. Point di sini, jangan sekali-kali berjalan tanpa bawa kad pengenalan, kalau memandu pastikan lesen dibawa.
  2. Kita tidak perlu menjawab soalan lain walaupun ditanya. Kerana kita berhak untuk tidak menjawab.
  3. Sekiranya ada peluang, catitkan nama polis yang menyoal kita, no pengenalannya berdasarkan tag nama yg dipakai. Sekiranya beliau tidak memakai sebarang tag nama, kita boleh cuba bertanyakan maklumat tersebut daripadanya.

3.SEKIRANYA KITA DITANYA SOALAN-SOALAN LAIN.

  1. Tanyakan polis tersebut yang menyoal kita, "Apakah saya ni ditahan?(Am I under arrest?.)"
  2. Sekiranya beliau menyebut, 'YA' , JANGAN jawab apa-apa soalan yang ditanyakan kepada kita. Adalah hak kita untuk tidak menjawab melainkan ditanya di dalam Mahkamah.
  3. Sekiranya jawapannya "TIDAK", kita sebenarnya boleh beransur dari tempat tersebut.

4.SEKIRANYA KITA DITAHAN.

  1. Buat sesuatu yang membolehkan orang sekeliling kita sedar apa yang berlaku iaitu kita sebenarnya telah ditahan oleh polis.
  2. Kalau pada ketika itu, kita membawa handphone, SEGERA menelefon keluarga, kawan atau persatuan kita seperti pejabat SUARAM, JIM dll atau sekiranya kita kenal mana2 lawyer atau memang peguam keluarga kita, segera telefon mereka.
  3. Sekiranya tempat kita ditahan adalah di Jalan TAR atau Dataran, balai polis terdekat yang selalunya akan dibawa orang yang ditahan adalah Balai Polis Dang Wangi, jadi arahkan orang yang kita telefon tadi supaya segera ke balai tersebut untuk mengetahui perkembangan kita. Dan mendapatkan maklumat sekiranya polis membawa kita ke Balai Polis yang lain.

5.SELEPAS DITAHAN, POLIS MESTI BERITAHU KITA.

  1. Sebab apa kita ditahan.[ Contohnya polis menyebut, "Awak ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram di dataran merdeka pada 10 Okt 98".]

6.SELEPAS DITAHAN.

    1. Polis hanya boleh menahan kita selama 24 jam di lokap. Selepas tempoh tersebut, polis harus membawa kita ke hadapan Magistrate untuk tindakan selanjutnya, samada kita akan didakwa ataupun diberi ikat jamin.
    2. Apabila kita dimasukkan ke lokap, kita tidak boleh membawa apa-apa barang selain dari pakaian yang kita pakai. Setiap barang kita akan diambil oleh polis. Dan ingat sebelum semua barang kita termasuk beg duit, wallet , handphone dll dibawa pergi kita MESTI sign satu kenyataan untuk itu.
    3. Kita akan disuruh membuat kenyataan atau disebut Borang 113, ataupun disebut juga kenyataan 113. Kenyataan ini hendaklah dibuat dalam keadaan sukarela dan sedar. Polis yang mengambil kenyataan kita perlu membacakan kepada kita apakah hak-hak kita dalam hal ini.

7. SESSI SOAL SIASAT/QUESTIONING.

  1. Kita sangat perlu BERHATI-HATI apabila menjawab soalan lisan dari pihak polis. Mungkin saja polis akan bertanya secara selamba dan secara kawan biasa supaya kita tidak takut atau hilang rasa gabra/gemuruh. Contohnya pasal keluarga, datang naik apa, datang dengan sapa, isteri kerja ke tak, dah makan ke belum dan lain-lain. Fikir dua kali sebelum menjawab, kerana tersalah jawab, polis boleh menjadikan jawapan tersebut untuk menjerat dan mengorek lain-lain maklumat dari kita. Dan polis juga boleh menggunakan jawapan kita untuk mengenakan kita di dalam Mahkamah. (can be used against us in the Court).
  2. Kalau polis arahkan mengisi Kenyataan 113, kita mesti berikan maklumat yang tepat, nama, i/c, alamat dll. Diulangi, DAPATKAN nama dan pengenalan polis yang bertugas.

Lain-lain soalan, TOLONG jangan jawab, antara cara jawapan yang boleh kita berikan sekiranya ditanya ialah,

S: Betulkah awak ada di dataran masa perhimpunan haram pada 10 Okt 98?

J: Saya akan jawab di Mahkamah, Encik.

S: Macammana awak datang ke Dataran ni?

J: Saya akan jawab di Mahkamah, Encik.

S: Awak dah sedia makan ke belum masa datang ke Dataran ni?

J: Saya akan jawab semua soalan di Mahkamah, Encik.

[MESTI INGAT! JANGAN SAMA-SEKALI BERSIKAP "TAIKO", BIADAP, MELAWAN CARA GANAS ATAU TUNJUK TAKUT SANGAT-SANGAT.

Bertenang dan cuba berfikir dengan tenang, ingat Allah dan lawan rasa takut walaupun sebenarnya memang sangat takut. Contoh menjawab cara tico ialah,

S: Betulkah awak ada di Dataran masa perhimpuanan haram pada 10 Okt 98?

J: Suka hati sayalah, saya kata tak ada tak adalah. Lantak saya lah, nak pergi perhimpunan haram ke halal ke, peduli apa Encik.. Saya tak nak jawab soalan Encik, tanyalah apa saja, jangan harap saya jawap. atau Encik jangan ingat polis ni besar sangat dan lain-lain jawapan yang membahayakan diri kita sendiri.

c. Sekiranya polis mula bertindak ganas terhadap kita seperti mengugut dengan kata-kata atau perbuatan, kita hendaklah segera berhenti dari menjawab apa-apa yang ditanya. Bertenang dan kawal rasa marah dan takut, kerana mungkin polis sebenarnya nak menaikkan darah kita atau provoke kita. Sebut kepada polis tersebut,

"SAYA TAK BOLEH MENERUSKAN KENYATAAN SAYA KERANA SAYA RASA ENCIK TELAH MENAKUT-NAKUT DAN MENCABAR KESELAMATAN DIRI SAYA. SAYA NAK ENCIK MASUKKAN KATA-KATA SAYA INI DALAM KENYATAAN BERTULIS SAYA."

"Kalau beliau tidak mencatitnya, kita mesti tunggu sehingga selesai proses mengambil kenyataan tadi. Kalaulah polis masih mengugut dan mengancam keselamatan kita, cepat-cepat kita keluar dan tinggalkan bilik di mana polis mengambil kenyataan kita, pergi kepada mana-mana polis yang lain dan minta perlindungan daripada pegawai yang lain. Contohnya, kita pergi kepada pegawai yang ada di luar dan menyebut,

"ENCIK, SAYA RASA TIDAK PUAS HATI KERANA PEGAWAI TERLIBAT MENGGUNAKAN SEDIKIT KEKERASAN KETIKA MENGAMBIL KENYATAAN SAYA, BOLEH ENCIK TOLONG SELESAIKAN DAN MEMBANTU SAYA."

d. Selepas polis mengambil kenyataan kita, polis seharusnya dan mesti membenarkan kita membaca semula semua kenyataan yang telah kita buat. Dia akan bertanya samada ada apa-apa perkara yang kita ingin tambah, ingin potong/delete dan ubahkan. Inilah masanya kita boleh membetulkan sekiranya ada kenyataan kita yang dicatit salah atau ditukar atau tidak dicatitkan. Contohnya, kalau kenyataan kita bahwa kita dikasari tidak dicatatkan, maka kita berhak meminta polis menambah kenyataan tersebut. Dan beliau wajib/mesti menambah apa yang kita kehendaki. Kita akan diminta untuk menandatangani kenyataan tersebut.

SILA BACA SEMUA YANG TERCATAT DAN TANDATANGAN DIBAHAGIAN YANG PALING HAMPIR DENGAN PERKATAAN TERAKHIR SUPAYA TIDAK ADA PERUBAHAN YANG BOLEH DIBUAT LAGI DI LUAR PENGETAHUAN KITA.

8. SEKIRANYA KITA DI BAWA KE HADAPAN MEGISTRATE.

    1. Kalau kita tak ada peguam, pohon kepada magistrate supaya kita dapat bantuan daripada Legal Aid Center/Pusat Bantuan Guaman yang ada di Mahkamah.
    2. Beritahu magistrate sekiranya kita dipukul, ditampar dan sebagainya. Sekiranya kita rasa tubuh kita lemah, ada pendarahan di hidung, atau demam dan lain-lain, beritahu magistrate bahwa kita perlukan rawatan dan sebagainya.

 

MOGA ALLAH MEMBANTU PERJUANGAN KITA INI.