Balik kemain menu(ada muzik latar)

Balik kemain menu(Tanpa muzik latar)



STRATEGI MAHATHIR MEMBUNUH ANWAR MENGIKUT TUNJUK
AJAR FREEMASON


Mahathir perlu bunuh Anwar!! Mahathir perlu pastikan Anwar mati. Kojol!! Tidak ada
pilihan lain lagi. Sebabnya? Anwar mengetahui pelbagai rahsia tentang penyelewengan
Mahathir, Daim dan kroninya yang lain. Anwar tahu bagaimana rakusnya Mahathir &
kroninya membolot kekayaan negara. Bukan sikit ooiiii. Puluhan billion RM. Jika Anwar
hidup lagi maka punahlah segala kekayaan dan kenikmatan duniawi yang dimiliki
Mahathir, Daim, Mirzan, Muhkriz, Mokhzani, Marina, Tajuddin Ramli, Rashid Hussein,
Halim Saad, Lim Kim Yew, dll.

Sebab itu Mahathir mengatur strategi yang cukup teliti untuk membunuh Anwar.
Strateginya ialah sebagaimana yang diajarkan oleh gerakan FREEMASON! Kitabnya
ialah The Goetia: The Lesser Key of Solomon the King dan The Key of Solomon The
King (Clavicula Salomonis).

Untuk membunuh Anwar, Mahathir menggunakan strategi 4 peringkat yang telah
difahami betul oleh para juak dan konspiratornya, iaitu:

1. Menghapuskan keyakinan rakyat terhadap Anwar menggunakan isu moral / seks;
2. Menghilangkan kesetiaan rakyat terhadap Anwar menggunakan isu pembohongan,
penipuan dan penyelewengan;
3. Menggunakan isu korupsi untuk menghakis simpati rakyat terhadap Anwar; dan
4. Menghukum BUNUH Anwar kerana isu mengkhianati negara sebagaimana yang cuba
digambarkan menerusi media tempatan apabila media dan pemimpin negara luar
menyokong Anwar.

Isu moral telah digunakan untuk memecat Anwar dari jawatannya sebagai Timbalan
Perdana Menteri dan ahli UMNO. Anwar difitnah sebagai penagih seks yang "luar biasa"
hebatnya - wanita dan lelaki habis dikerjakannya. Itulah isu yang digunakan untuk
menghukum Anwar. Ketika ini isu moral masih lagi digunakan kerana sebilangan besar
rakyat masih tidak percaya. Ini bukan kali pertama isu seks dijadikan senjata politik
Mahathir. Sebelum ini, isu seks telah digunakan oleh Mahathir untuk menjatuhkan Tun
Salleh Abas (sebagai Ketua Hakim Negara), Tungku Razaliegh Hamzah (sebagai
pemimpin Semangat 46) dan Ustaz Ashaari Mohammad (sebagai pemimpin Al-Arqam).
Tapi, dalam kes Razaleigh Hamzah, Mahathir tersilap langkah. Dalam kempennya
Mahathir mengambarkan Razaleigh suka berfoya-foya dengan wanita-wanita Cina.
Razaleigh pandai - beliau menggunakan dakwaan tersebut bahawa Mahathir
membantunya menjelaskan betapa "kelelakiannya" begitu hebat!! Kerana selama ini
rakyat dan musuh politiknya menolak Razaleigh sebagai Perdana Menteri kerana beliau
bukan "lelaki" sebenar (semasa dalam Kabinet, Razaleigh masih membujang).

Baru-baru ini Mahathir - iaitu selaku Presiden Freemason Malaysia - telah masuk ke
tahap kedua dalam strateginya untuk membunuh Anwar. Pada 8 Oktober lalu di PWTC,
Mahathir mula menfitnah Anwar sebagai pembohong, penipu besar, penyangak dll. Anwar
dituduh dan digambarkan sebagai seorang yang "putar alam" - semua orang ditipunya
termasuklah Mahathir sendiri. Oleh itu, menurut Mahathir, memang wajar Anwar dipecat
dan dikenakan hukuman berat.

Selepas ini - jika rakyat percaya dengan dua strategi yang sebelumnya - maka Mahathir
akan menggunakan pelbagai dakwaan rasuah yang akan direka dan diada-adakan.
Kalaulah zina dan liwat boleh diupah pelacur atau dipaksa mereka yang tidak terlibat,
mudah benar untuk mencari orang yang mengaku menerima rasuah daripada Anwar.
Sebab itu, Mohammad Rahmat (Si Bulat Pelampong) telah mendedahkan tentang
kononnya 90 bahagian UMNO telah menerima rasuah RM2 juta untuk setiap bahagian
dari Anwar untuk menjatuhkan Mahathir! Si Bulat nampaknya dah masuk tahap ketiga.
Cepat sangat tu Mat Bulat. Tunggu dulu!! Mahathir pun baru gear dua!

Kemudian, sebagai langkah penamat, barulah Anwar akan didakwa sebagai pengkhianat
negara. Hujah Mahathir nanti ialah kerana Anwar mempunyai "hubungan" dengan
musuh-musuh negara, iaitu beberapa buah kerajaan asing. Itu sebabnya, menurut
Mahathir nanti, negara-negara tersebut serta media asing begitu ghairah dan
bersungguh-sungguh menyokong Anwar menentang Kerajaan Malaysia (sepatutnya
menentang Diktator Mahathir). Tahu apa hukuman bagi pengkhianat negara?
GANTUNG SAMPAI MATI!!

Sebagai rakyat kita mesti berfikir: Apakah Mahathir bebas melakukan apa saja, hatta
membunuh Anwar menggunakan polis, Peguam Negara dan Hakim untuk memastikan
kepentingan diri dan kroninya terjamin, kemudian untuk terus membolot kekayaan negara
dan membaham wang rakyat dalam EPF, ASN, ASB, LUTH dll? Apakah kita rela
membiarkan Anwar menjadi mangsa kerakusan dan nafsu syaitan Presiden Freemason
Malaysia itu, sebagaimana Salleh Abas? Jika tidak, ayuh bangun saudara-saudaraku!!
Mari kita mengikut arus reformasi. Ayuh selamatkan Anwar dengan apa cara sekalipun
untuk menumbangkan Mahathir a/l Mohammad Iskandar Kutti, yang kini sudah menjadi
semakin zalim - tak ubah seperti Firaun! Ayuh saudara-saudaraku kita bersama
merealisasikan sebuah REFORMASI!

Allah-hu-akhbar!

Balik kemain menu(ada muzik latar)

Balik kemain menu(Tanpa muzik latar)