…menurut hukum alam, setiap yang zalim pasti akan terhukum

MAHATHIR TUDUH ANWAR MAHU BAKAR RUMAHNYA

TOKYO, Okt 20 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir M ohamad menuduh bekas timbalannya merancang untuk membakar rumahnya dan juga cuba untuk menumbangkan kerajaan dan mengambil-alih kuasa.

Mahathir, di dalam hari terakhir lawatan lima harinya ke Jepun, menyatakan bahawa Anwar ditangkap "kerana dia menyuruh penyokong-penyokongnya membuat keganasan dengan memecah masuk ibu pejabat parti dan merosakkan barang-barang yang dipamerkan di situ."

Anwar, katanya lagi, juga menyuruh orang yang berhimpun "untuk pergi ke rumah saya dan membakarnya."

Dakwaan layanan buruk terhadap Anwar sejak dia ditahan pada September lalu telah membangkitkan kutukan yang meluas. Anwar telah menafikan kesuma tuduhan rahsuah dan liwat.

Perdana Menteri itu menyatakan bahawa Anwar enggan diberhentikan dan "mengambil tindakan untuk menjatuhkan kerajaan" dengan hasrat untuk menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri.

"Beliau juga disingkirkan kerana telah melakukan beberapa kesalahan," Mahathir memberitahu pemberita, dan Mahathir dengan jelas telah melanggar perintah mahkamah yang melarang sebarang komen dibuat samada Anwar bersalah atau tidak.

"Dia tidak mahu tibicarakan di mahkamah kerana dia berkata mahkamah berat sebelah dan dia mahu dibicarakan dengan perhimpunan jalanan yang menyokong beliau dan menjatuhkan kerajaan," kata Mahathir.

Meniru demonstrasi jalanan yang telah menjatuhkan bekas Presiden Suharto pada bulan Mei lalu Mahathir menyatakan bahawa bekas timbalannya berharap "Kerajaan Malaysia juga boleh dijatuhkan dengan demonstrasi jalanan."

"Jika itu berlaku bererti beliau tidak akan dibicarakan dan kemungkinan akan mencapai matlamatnya utnuk kembali (ke dalam UMNO) dan … menjadi Perdana Menteri," kata PM.

Banyak pihak telah menyelar kenyataan Mahathir tersebut dan menyatakan bahawa demonstrasi yang berlaku adalah secara spontan dan bukan di atas arahan Anwar. Demonstrasi itu adalah luahan hati rakyat yang benci kepada sikap diktator Mahathir yang pada awal-awal lagi "menjatuh hukuman" kepada Anwar meskipun beliau pada waktu itu belum di bawa ke mahkamah.

"Anwar sentiasa meminta penyokong jangan bertindak ganas dan memang pun mereka yang berhimpun tidak melakukan sebarang keganasan. Yang nyata, polis sendiri yang berpakaian bebas, menyamar sebagai penyokong Anwar membuat provokasi dan melakukan rusuhan dan pergaduhan sebagai justifikasi untuk melakukan serangan."

"Apa tah lagi dengan sikap polis yang bertindak kejam dan zalim terhadap Anwar, keluarga dan rakan-rakannya di mana mereka diugut," kata seorang aktivis hak asasi manusia.

"Bukti yang paling nyata ialah Anwar muncul dengan matanya bengkak! Tidakkah itu kesahihan Anwar telah dizalimi?" tanya beliau.

"Katalah apa semahu hatinya, tapi menurut hukum alam, setiap yang zalim pasti akan terhukum. Generasi ini akan dapat melihat nanti balasan yang akan menimpa Mahathir yang zalim itu," sambung beliau lagi.

"Sunnatullah akan berlaku…setiap kekejaman dan kezaliman Mahathir ala Hitler itu tetap akan kutukan generasi akan datang sepertimana kta mengutuk Hitler dan Firaun."